BANGI: Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.
Melalui peruntukan RM2.7 juta di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0) bagi Kluster Pengangkutan Udara, e-baucar itu ditawarkan oleh lima syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penjualan tiket penerbangan dijangka meningkat dengan adanya tawaran e-baucar itu.
"Kita hendak lihat bagaimana pemberian e-baucar seperti ini dapat merangsang ekonomi tempatan, selain menjadi penanda aras untuk kita mengenal pasti ia satu daripada cara membantu rakyat. Kita bantu pemain industri dan rakyat supaya mereka dapat tambang lebih rendah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelan pemulihan itu di sini pada Jumaat.
Memperincikan e-baucar berkenaan, Nancy berkata Malaysia Airlines menawarkan baucar bernilai RM100 bagi 10,000 pengguna, Firefly dan Batik Air masing-masing baucar bernilai RM50 kepada 4,000 pengguna, manakala MASwings baucar RM25 kepada 4,000 pengguna dan kesemuanya terhad kepada satu kali penebusan sahaja.
AirAsia pula menyasarkan 23,879 pengguna dengan mereka boleh melakukan penebusan maksimum sebanyak tiga kali bagi tawaran e-baucar bernilai RM50 melibatkan penerbangan sehala atau dua hala, katanya.
PRE 2.0 merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) yang melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.
Sebelum ini di bawah PRE2.0, ia turut melibatkan pemberian baucar dan rebat di bawah Kluster Pengangkutan Darat, Kluster Persatuan Pelancongan dan Kluster Pelancongan Minat Khas.
Bagi pemberian rebat dan diskaun kluster lain pula, Nancy berkata setakat semalam, sebanyak 15,467 rakyat Malaysia telah mendapat manfaat melalui pembelian tiket pengangkutan darat dan 12,540 lagi menerusi pembelian pakej pelancongan domestik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PRE2.0: E-baucar tempahan bilik penginapan manfaatkan lebih 33,000 Keluarga Malaysia
Rakyat Malaysia berpeluang mendapat e-baucar bernilai RM50 hingga RM100 menerusi tempahan bilik penginapan hotel secara dalam talian menerusi inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0).

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

PPZ-MAIWP seru tunaikan zakat, bantu asnaf
Kempen YEZ bertujuan memberikan hebahan kepada masyarakat Islam tentang perkhidmatan pembayaran zakat terkini dan menyeru orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat.