KUANTAN: Kira-kira 450 individu terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan yang terkandas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akibat tanah runtuh dan banjir sejak Sabtu, telah dibawa keluar secara berperingkat termasuk menggunakan bot Lebuhraya Pantai Timur, dalam operasi bermula awal pagi Ahad.
Jurucakap ANIH Berhad memaklumkan khidmat lori tunda akan digunakan esok bagi mengeluarkan kenderaan yang tersangkut di lokasi berkenaan.
Menurutnya operasi sepanjang hari bermula sekitar 7 pagi tadi itu, dilakukan sebaik lokasi berkenaan dapat diakses dan dilalui oleh petugas syarikat konsesi berkenaan.
Katanya kesemua mangsa telah ditempatkan di beberapa lokasi di lebuh raya berkenaan dengan diberikan bantuan sewajarnya seperti edaran makanan dan minuman.
Setakat 10 malam ini, laluan di KM76-KM126 Karak-Temerloh masih ditutup di kedua-dua hala.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) berkata sebanyak 13 buah Loji Rawatan Air (LRA) melibatkan daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Lipis dan Raub tidak dapat beroperasi kerana terkesan dengan kejadian banjir ketika ini.
Katanya berikutan henti tugas LRA itu, sebanyak 53,916 akaun pengguna mengalami masalah gangguan bekalan air.
"Penutupan telah bermula semalam membabitkan empat LRA, bagaimanapun telah meningkat kepada 13 LRA disebabkan peningkatan paras air sungai selain terputus bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Bantuan penghantaran bekalan air bersih dan tangki statik juga telah ditempatkan ke kawasan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terjejas, namun masih terdapat banyak kawasan yang dinaiki air menyebabkan kesukaran penghantaran bekalan air terawat melalui lori tangki," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021

Keadaan di kilometer 69.5 Karak-Bentong dalam kejadian tanah runtuh ketika tinjauan di Lebuhraya Pantai Timur pada Ahad. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Aidiladha: Aliran trafik menghala Pantai Timur dan Utara bergerak perlahan
Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan, menjelang Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

Pandu melulu punca kemalangan tiga kenderaan
Menurut polis, Toyota Camry dipandu seorang lelaki dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum melanggar Perodua Aruz.

Tanah mendap Lebuhraya KL-Karak disebabkan kerja pembinaan terowong ECRL - Nanta
Kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong di Kilometer (KM) 66.1, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan pembinaan terowong laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kerja Raya.

Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

Aidiladha: Lebih sejuta kenderaan dijangka guna KLK bermula Selasa
Lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula Selasa.

Aidilfitri: Cadangan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya KLK, LPT1
Cadangan waktu perjalanan berkenaan untuk pengguna lebuh raya laluan Pantai Timur bagi tempoh 19 April hingga 1 Mei.

Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa Mohamad Fahmiey Zainuddin, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Nahas lima kenderaan, trafik sesak 21.2 kilometer
Trafik juga sesak kira-kira 10.4 kilometer dari KM53.4 sehingga lokasi kemalangan.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.