PAPAR: Sebanyak 450 lokasi Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan akan dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini bagi memudahkan rakyat mendapatkan barangan makanan dan keperluan rumah yang lebih murah dengan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya mengambil inisiatif memperluaskan program baharu itu di bawah agenda Payung Rahmah Madani melalui pelaksanaan PJR tersebut bermula pada 1 Ramadan.
"Dalam PJR Ramadan ini, kita masih mengamalkan konsep barang yang ditawarkan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal.
"Selain itu, perlaksanaan program ini turut menumpukan jualan barang basah keperluan untuk memasak dan juga barang yang diperlukan untuk bulan Ramadan dan seterusnya menghadapi hari raya seperti tepung, daging, ikan dan ayam," katanya selepas melancarkan PJR Madani di Padang Kawad Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, bekalan produk tersebut adalah melibatkan kerjasama daripada agensi kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
"Kita akan bekerjasama dengan mereka bagi mendapatkan bekalan barang basah tersebut. Jadi dengan kerjasama ini kita dapat membantu khususnya golongan sasar mendapatkan barangan kering dan basah serta barang untuk persiapan membuat kuih dan sebagainya.
"Kita berharap semua masyarakat supaya melayari atau menyemak jadual 450 lokasi siri PJR Ramadan melalui pautan laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah untuk mengetahui lokasi program ini.
"Sasaran kita juga dalam satu parlimen sekurang-kurangnya dua siri PJR Ramadan dan di Sabah ada 25 Parlimen jadi ada 50 PJR Ramadan kita laksanakan," katanya.
Katanya lagi, sepanjang Ramadan ini terdapat dua program utama yang dilaksanakan KPDN iaitu PJR Ramadan dan juga bazar Ramadan.
"Program bazar Ramadan saya telah minta Timbalan Menteri KPDN membuat perasmian dan mengumumkan apa intipati atau pengisian program tersebut," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 10 2024

Armizan melawat jualan PJR Madani di Padang Kawad Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, Papar. - Foto Sinar Harian

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Penduduk kawasan terjejas kemarau mahu air minuman berbotol dijual di PJR
Ada penduduk terpaksa berbelanja antara RM80 hingga RM100 seminggu bagi membeli air minuman berbotol untuk tujuan masakan dan minuman.

Program Jualan Rahmah tidak hanya tertumpu di kawasan Parlimen kerajaan sahaja - Armizan
Armizan berkata program berkenaan dilaksanakan meliputi seluruh kawasan parlimen dan tidak hanya dikhususnya kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

450 lokasi Program Jualan Rahmah sepanjang Ramadan - Armizan
Sebanyak 450 lokasi Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan akan dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini bagi memudahkan rakyat mendapatkan barangan makanan dan keperluan rumah yang leb

Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.

Lebih 71,000 rakyat Perlis dapat manfaat Program Jualan Rahmah
Program Jualan Rahmah (PJR) yang mula dilancarkan di Perlis pada 16 April lepas terus mendapat sambutan pelbagai masyarakat dan telah memberi manfaat kepada 71,176 pengguna.