BATU GAJAH: Fasa pertama Taman Didik Hibur Dinosaur Encounter: Area 65 di Pusat Komersial Silverlakes Village Outlet (SVO) yang mula dibuka kepada orang ramai di sini pada Jumaat dijangka menarik kunjungan kira-kira 45,000 pelawat.
Pengurus Besar Wegrow Global, Dr Anir Syazwan Sharbirin berkata beliau yakin taman tema dinosaur itu bakal mencetuskan fenomena baharu dalam menarik kehadiran pelancong selari inisiatif Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.
Beliau berkata Dinosaur Encounter itu merupakan taman dinosaur keenam di Malaysia yang mempamerkan konsep baharu iaitu kombinasi taman hiburan secara dalam dan luar bangunan yang bertaraf antarabangsa.
"Sudah pasti ia dapat memberikan pengalaman penjelajahan dunia dinosaur sebenar berasaskan sains kepada pengunjung, sekali gus merealisasikan pembelajaran melalui pengalaman secara langsung," katanya pada sidang media di pra-pelancaran Taman Didik Hibur Dinosaur Encounter: Area 65 di sini semalam.
Turut hadir pada pelancaran itu Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Mohamad Razif Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Steven Tiw Tee Siang.
Anir Syazwan yang juga Ketua Pegawai Teknologi Wegrow Global menambah, taman didik hibur dinosaur itu dibangunkan dalam bentuk realiti terimbuh dan realiti maya, animatronik di samping menggunakan pelbagai teknologi moden untuk menambah baik kandungan yang menghasilkan pengalaman bersifat imersif.
Sementara itu, Steven Tiw berkata pembukaan taman tema itu akan menjadi satu tarikan terbaharu yang boleh merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.
"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Wegrow Global bersama Silverland Capital Sdn Bhd yang bekerjasama mewujudkan Dinosaur Encounter dalam usaha mempergiatkan lagi produk-produk pelancongan baharu di Perak khususnya Batu Gajah," katanya.
Selain di SVO Batu Gajah, Dinosaur Encounter juga terdapat di Pusat Sains Negara, Zoo Melaka, Zoo Teruntum Pahang, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dan Wetland Studios Putrajaya.
Dinosaur Encounter Area 65 beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Khamis manakala pada hujung minggu Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum dari 10 pagi hingga 7 petang, dan harga tiket bagi dewasa ialah RM40, manakala kanak-kanak RM30.
Bagi fasa pertama pra-pelancaran terdapat lima sektor dibuka kepada pengunjung iaitu DNA Captures, DNA Dino Lab, Dino Clone Zone, Dino Warp dan Dino Realm VR.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Steven Tiw berkata pembukaan taman tema itu akan menjadi satu tarikan terbaharu yang boleh merancakkan lagi sektor pelancongan negeri. - Foto BERNAMA
Ismanira beritahu anaknya hilang, lari berdesup - Saksi
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin ada memaklumkan kepada saksi pendakwaan kesepuluh bahawa kanak-kanak autistik itu telah hilang pada 5 Disember 2023.
Nasimah Abu Bakar, 33 tahun yang merupakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) tempat Zayn Rayyan bersekolah memberitahu perkara itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat.
Nasimah Abu Bakar, 33 tahun yang merupakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) tempat Zayn Rayyan bersekolah memberitahu perkara itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat.
Tertarik untung lumayan, warga emas berputih mata rugi RM3.2 juta
Tertarik dengan keuntungan lumayan, seorang warga emas berusia 77 tahun berputih mata apabila kerugian RM3.2 juta selepas dipedaya sindiket pelaburan saham yang disertainya menerusi Facebook, November lalu.
Polis terima laporan daripada aktivis pelajar
Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya berhubung Perhimpunan Solidariti Palestine direkodkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.
Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.
Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.
Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.
Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.
45,000 disasar kunjungi taman dinosaur keenam Malaysia
Dr Anir Syazwan berkata beliau yakin taman tema dinosaur itu bakal mencetuskan fenomena baharu dalam menarik kehadiran pelancong selari inisiatif Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.