Sebanyak 46 ekor kucing diselamatkan sepasukan polis daripada dikurung dan terabai dalam di sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul, di sini berikutan aduan kelab pencinta kucing selepas mengesyaki seorang lelaki memperguna haiwan terbabit untuk mendapatkan wang.
Pengerusi Sahabat Kucing Jalanan, Mohd Rosli Mohd Ariffin berkata beliau dan sekumpulan orang ramai mengesyaki perbuatan lelaki itu mengumpan haiwan berkenaan melalui laman Facebooknya untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi membeli makanan dan merawat kucing yang sakit.
Berikutan itu, semalam, beliau membuat laporan di Balai Polis Sentul.
Hari ini, beliau dan rakan-rakan bersama sepasukan polis pergi ke rumah lelaki berumur 41 tahun itu kira-kira 11.45 pagi ini dan mendapati kesemua kucing itu terkurung di dalam sangkar dalam keadaan tidak terurus.
"Sangat menyedihkan apabila melihat kucing-kucing itu dikurung di dalam sangkar kecil di dapur rumah dengan keadaan yang tidak terurus dan berbau busuk. Hampir keseluruhan kucing itu juga dijangkiti 'Sporo' dan mengalami demam," katanya kepada pemberita di sini.
Penyakit Sporotrichosis atau dikenali sebagai "Sporo" disebabkan oleh fungus daripada persekitaran tanah, tumbuhan dan spesies haiwan.
Tinjauan Bernama di kediaman lelaki berkenaan mendapati persekitaran luar dan dalam rumah itu dipenuhi sampah sarap dan kelihatan wayar-wayar elektrik berselirat hingga dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran serta membahayakan jiran-jirannya.
Pengikut Kelab Pencinta Kuching Malaysia Datuk Leen Mustafa, 38, yang turut berada di rumah lelaki terbabit berkata pihaknya meminta kerjasama polis untuk menyelamatkan kucing-kucing itu dengan segera.
"Kucing-kucing ini akan diletakkan di sebuah lot kedai dan Kelab Kucing Jalanan akan merawat kucing-kucing mengikut penyakit yang dijangkiti dan selepas sembuh akan dibuka untuk dipelihara oleh sesiapa yang berminat .
"Kami sedang mengumpul dana untuk membiayai kos rawatan bagi mengubati kucing-kucing yang dijangkiti Sporo yang memerlukan kos tinggi," katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh menghubungi Kelab Pencinta Kuching melalui Leen di talian 019-399 9962.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2017
Tinjauan mendapati kucing-kucing itu dikurung di dalam sangkar kecil di dapur rumah dengan keadaan yang tidak terurus dan berbau busuk. - Bernama
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'
Mohd Amer tidak tolak kemungkinan dia dan rakan sepasukan akan membuat aduan rasmi kepada pihak sepatutnya jika masih tidak ada jalan penyelesaian.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
99 aduan pelupusan bahan buangan terjadual secara haram direkodkan - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata daripada jumlah itu, 13 kes didapati mempunyai asas kukuh dan telah diambil tindakan penguatkuasaan.
Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.