SHAH ALAM: Sebanyak 472 kawasan di lima daerah di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi, Sabtu.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, gangguan air itu susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 196 kawasan terjejas di Sepang, Petaling (172), Hulu Langat (54), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27).
"Antara kawasan terjejas di Petaling adalah Bandar Baru Sri Petaling, Bandar Bukit Puchong dan Bukit Jalil manakala Hulu Langat termasuk Bangi, Rinching Hilir serta Beranang.
"Sepang meliputi Cyberjaya, Jenderam Hilir, Salak Tinggi, Taman Tasik Puchong, Taman Suria Tropika, Taman Desa Sentosa, Taman Indah KLIA, Taman Meranti Jaya dan Symphony Hills.
"Kuala Langat di Kampung Olak Lempit, Taman Seri Dagang serta Bandar Rimbayu manakala Putrajaya meliputi Presint 1 hingga 20, Taman Botani dan Dataran Putra," kata kenyataan pada Sabtu.
Air Selangor bagaimanapun tidak memaklumkan tempoh gangguan tersebut akan berlaku.
Tambah kenyataan itu, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden tersebut dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.
"Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
"Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," kata kenyataan itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 24 2022

Menurut kenyataan itu, sebanyak 196 kawasan terjejas di Sepang, Petaling (172), Hulu Langat (54), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27). -Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.

3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.

Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.

Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.

Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.

Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.

Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.

Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.