SIBU:Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring selepas seorang jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19 semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan perkara itu berkata saringan dijalankan di balai berkenaan pagi semalam.
Menurutnya, anggota JSJ itu didapati positif COVID-19 setelah menjalani proses saringan di Stadium Tertutup Sibu pada 12 Jan lepas.
"Proses sanitasi secara menyeluruh telah dilakukan di bangunan Balai Polis Sentral Sibu termasuk pejabat JSJ Sibu," katanya ketika dihubungi, pada Selasa.
Berikutan itu, beliau telah mengarahkan pengawai dan anggotanya untuk lebih berhati-hati ketika melaksanakan tugas bagi mengelakkan dijangkiti virus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring selepas seorang jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19. - BERNAMA
"Jangan emosi, bercakap sebagai seorang intelektual" - Speaker Dewan
Kekecohan berlaku di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong dan Ahli Parlimen Pendang bertikam lidah berkaitan isu parti dan agama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

7 lelaki didakwa bunuh, tanam rakan dalam kolah
Seorang lelaki tempatan dan enam warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan membunuh dan menanam rakan sekerja di dalam kolah Januari lalu.
"Tarik balik perkataan kerajaan itu" - Speaker Dewan
Kekecohan berlaku di dalam Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Kota Melaka bertegas dalam ucapan beliau. "Perkataan kerajaan itu kejam sahaja tarik balik" Kata Speaker Dewan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'WALI' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid akan berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.
"Tidak adil untuk mengatakan kerajaan itu kejam" - Speaker Dewan
Kekecohan berlaku didalam Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Pendang tidak bersetuju dengan label kerajaan kejam yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, tiga PPS ditutup tengah hari ini
Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga semalam, ditutup pada 12 tengah hari tadi.
"Itu individu jangan kaitkan dengan isu politik" - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas berpendapat untuk tidak mengkaitkan masalah individu dengan parti politik.
"Untuk proses melakukan hukuman secara general, saya rasa tiada satu parti pun yang terselamat." katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Untuk proses melakukan hukuman secara general, saya rasa tiada satu parti pun yang terselamat." katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Rubio dan Putera Khalid adakan pertemuan di Washington
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio bertemu Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman di Jabatan Negara di Washington pada Selasa.

Wanita maut terjatuh dari jejambat di Lebuhraya DASH
Seorang wanita maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.
Hanya empat aduan berkaitan lampin pakai buang sejak 2015- KPDN
Berdasarkan rekod Bahagian Kepenggunaan, sejak tahun 2015, hanya empat aduan berkaitan lampin pakai buang sahaja dilaporkan.

48 disaring selepas jurufoto JSJ IPD Sibu positif COVID-19
Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring hari ini selepas seorang jurufoto JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19.