KUALA LUMPUR: Sebanyak 49 peratus atau anggaran 580,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berisiko lumpuh menjelang Oktober ini jika kumpulan berkenaan tidak dibenarkan kembali beroperasi.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan peniagaan tersebut yang kebanyakan dikategorikan 'First Close, Last Open' (FCLO) turut dijangka menyebabkan sekuarang-kurangnya 14 juta orang terjejas akibat penutupan operasi perniagaan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kegagalan menyelesaikan perkara itu akan memberi kesan buruk kepada landskap sosio-ekonomi negara, sekali gus menjejaskan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
"Jika kita tidak melakukan sesuatu untuk membantu mereka sekarang, saya bimbang ramai PMKS ini akan terkesan dan tidak berupaya membantu membina semula ekonomi sebaik sahaja perniagaan dibenarkan beroperasi.
"Saya juga bimbang kegagalan perniagaan PMKS ini yang disebabkan oleh sekatan pergerakan penuh yang berpanjangan akan mewujudkan kesan domino, menjejaskan masyarakat dan membawa kepada kesan sosial dan ekonomi yang lebih serius," kata beliau dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Jelas Wan Junaidi, reaksi tersebut diperolehi hasil tinjauan MEDAC bagi mengukur kesan PKP 3.0 ke atas landskap keusahawanan di negara ini.
Kaji selidik yang dijalankan pada 15 hingga 28 Jun itu melibatkan seramai 6,664 responden dari seluruh negara.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, hasil kajian tersebut turut menunjukkan hampir 60 peratus usahawan mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk kesihatan mental semasa tempoh 'lockdown'.
Tiga faktor utama yang mempengaruhi kesihatan mental peniaga termasuk pengurangan dan kehilangan pendapatan, hutang, serta isu kewangan yang sekali gus memberi risiko kepada penutupan perniagaan.
"Lebih 90 peratus usahawan tidak mempunyai insurans, sementara 70 peratus tidak mempunyai pendapatan apabila mereka kehilangan pekerjaan.
"Kesan 'lockdown' ini bukan sahaja menjejaskan aspek ekonomi tetapi juga aspek sosial," katanya.
Sehubungan itu, Wan Junaidi berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan melihat langkah-langkah holistik dalam menangani situasi COVID-19 di negara ini, selain daripada pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.
Astro Awani
Wed Jul 07 2021

Wan Junaidi berkata, hasil kajian menunjukkan hampir 60 peratus usahawan mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk kesihatan mental semasa tempoh 'lockdown' - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.

Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.

Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.

MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.

Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.

"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).