Seramai 5,827 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian tinggi dalam semua subjek menerusi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang diumumkan hari ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian pelajar MRSM ini satu kejayaan yang memberangsangkan kerana mereka merupakan kohort yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sejak mereka di Tingkatan 4.
SPM 2021 juga merupakan peperiksaan yang pertama kali menggunakan format baharu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
“Calon-calon SPM 2021 ini berhadapan dengan cabaran pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana mereka hanya berpeluang mengikuti pembelajaran secara bersemuka selama tiga bulan sahaja.
“Dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi, seramai 904 orang calon MRSM memperoleh semua A merangkumi A+, A dan A-,” kata Mahdzir dalam satu kenyataan media dikeluarkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini.
Jelas beliau, format SPM 2021, telah diperkenalkan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penjajaran subjek Bahasa Inggeris kepada The Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) serta Ujian Amali Sains.
Walaupun terdapat perubahan dalam format kertas peperiksaan, kedua-dua subjek teras tersebut menunjukkan pencapaian yang baik oleh pelajar MRSM.
Subjek Bahasa Melayu juga katanya menunjukkan pencapaian Gred Purata Subjek (GPS) 1.097 dengan seramai 6,682 orang calon memperoleh gred A.
Manakala bagi subjek Bahasa Inggeris mencapai GPS 1.577 dengan bilangan calon seramai 5,749 orang.
"Secara keseluruhan, keputusan SPM 2021 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.536.
"4 buah MRSM mencatat prestasi cemerlang dengan GPM kurang daripada 2.0 iaitu MRSM Taiping, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Langkawi dan MRSM Tun Abdul Razak", ujar Mahdzir.
Untuk rekod, seramai 7,307 orang pelajar dari 53 buah MRSM di seluruh Malaysia menduduki peperiksaan SPM 2021 pada bulan Mac 2022.
“Saya menyeru kepada pelajar lepasan SPM yang cemerlang untuk merebut peluang penajaan yang disediakan MARA untuk mereka menyambung pengajian di dalam dan luar negara.
"Syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan demi kejayaan anak-anak pelajar," katanya.
Pengurusan MARA kata Mahdzir, akan terus komited untuk memastikan peningkatan prestasi akademik calon-calon SPM bagi tahun 2022.
Kenyataan Media
Thu Jun 16 2022
![5,827 calon SPM 2021 MRSM catat gred kepujian tertinggi semua subjek 5,827 calon SPM 2021 MRSM catat gred kepujian tertinggi semua subjek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655382851_MahdzirKhalid.jpg)
Mahdzir berkata, pencapaian pelajar MRSM ini satu kejayaan yang memberangsangkan kerana mereka merupakan kohort yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sejak mereka di Tingkatan 4. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737724237_AhmadZahidHamidi.jpg)
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
![Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736079641_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
![Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733929636_AhmadZahidHamidi.jpg)
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
![MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733917917_TBAHMADZAHID.jpg)
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
![Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733818285_TBASYRAFWAJDI.jpg)
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
![Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733414374_MajlisAnugerahUsah.jpg)
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
![MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
![Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732028568_TBMOSTI.jpg)
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
![Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729980741_TBMARA.jpg)
Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.
![97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah 97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah
Rubiah berkata senarai hitam itu dikenakan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman dalam tempoh tiga bulan dan hanya terangkum dalam pengurusan MARA sahaja.