MANJUNG: Polis menumpaskan makmal haram yang dipercayai menjadi tempat pemprosesan dan pembungkusan dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahru, Lumut di sini pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu menahan empat lelaki berusia lingkungan 23 hingga 52 tahun.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan dalam rumah tersebut, pihak polis menjumpai dan merampas sejumlah dadah dipercayai jenis heroin dengan anggaran berat 14,905 gram dan dianggarkan bernilai RM199,727.
"Turut dirampas sejumlah peralatan dan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses serta membungkus dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, susulan daripada serbuan berkenaan pihak polis turut menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Pokok Assam, Taiping yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan pembungkusan dadah jenis heroin itu.
"Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kesemua suspek mendapati negatif daripada sebarang jenis dadah.
"Empat daripada lima suspek yang ditahan didapati mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya
Beliau berkata, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan harta) 1988 dengan menyita sebuah kenderaan dianggarkan berjumlah RM40,000.
"Anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita adalah RM239,727," katanya.
Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dijalankan, kesemua suspek dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini dan terlibat dalam aktiviti pemprosesan dadah sejak awal Mac lalu.
"Dadah yang dirampas, disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan. Dianggarkan jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 22,400 orang penagih dadah," katanya.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari mulai Rabu lalu bagi membantu siasatan.
Aida Aziz
Fri May 26 2023

Polis menjumpai dan merampas sejumlah dadah dipercayai jenis heroin dengan anggaran berat 14,905 gram dan dianggarkan bernilai RM199,727. - Gambar/ PDRM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah
Lima sekawan yang aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah ditahan, selain pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta dirampas di Pulau Pinang.

Polis serbu kontena dijadikan makmal proses dadah di Klang
Polis menyerbu sebuah kontena di Klang yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah haram dan menahan dua lelaki.

Polis bongkar makmal dadah di Sungai Petani
Polis berjaya membongkar makmal mini pemprosesan dadah jenis heroin menerusi serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Puteri, Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani, Khamis lalu.

Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang didalangi dua beradik dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang dekat sini pada Rabu.

5 ditahan, Bukit Aman serbu makmal proses, bungkus dadah di Manjung
Polis menumpaskan makmal haram yang dipercayai menjadi tempat pemprosesan dan pembungkusan dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahru, Lumut di sini pada Selasa.

Pemotong ayam dan isteri jadikan rumah kampung makmal dadah dicekup
Tindakan sepasang suami isteri menjadikan sebuah rumah kampung makmal haram memproses dadah terbongkar apabila mereka ditahan dalam satu serbuan.

Rampasan methamphetamine di Asia Timur dan Tenggara catat peningkatan - PBB
Jumlah methamphetamine hampir mencecah 172 tan berjaya dirampas di Asia Timur dan Tenggara pada 2021, kira-kira tujuh kali ganda berbanding sedekad lalu.

Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.

Enam lelaki direman terlibat dalam sindiket proses, jual dadah
Enam lelaki ditahan dalam lima serbuan polis di sekitar Perak dan Negeri Sembilan pada Ahad dan Isnin.