SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. PIACCF untuk petugas anti-rasuah
Inisiatif Malaysia, 'Perdana International Anti-Corruption Champion Fund' (PIACCF) akan dilancarkan hari ini untuk menyalurkan bantuan kepada petugas agensi anti-rasuah di seluruh dunia.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyempurnakan majlis pelancaran tabung berkenaan.
Menurut Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti Dan Anti-Rasuah Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Malaysia negara pertama akan menyumbang ke dalam tabung berkenaan berjumlah RM500,000.
Dana itu bertujuan menyalurkan bantuan kepada pegawai agensi anti-rasuah yang menjadi sasaran atau terdedah kepada ancaman terhadap nyawa, keselamatan dan maruah mereka ketika menjalankan siasatan.
2. Balai Seni Negara turunkan karya Ahmad Fuad Osman
Balai Seni Negara pada Isnin mengesahkan empat karya Ahmad Fuad Osman telah diturunkan, sempena pameran "At The End Of The Day, Even Art is Not Important" setelah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.
Karya yang terlibat adalah 'Untitle 2012', 'Dreaming of Being Somebody Afraid of Being Nobody', 'Imitating the Mountain 2004', dan 'Mak Bapak Borek, Anak Cucu Cicit Pun Rintik'.
Menjelaskan perkara itu, Pengarah Balai Seni Negara Amerruddin Ahmad berkata pihaknya berhak menurunkan karya-karya yang menyentuh maruah mana-mana individu, agama, politik, bangsa, adat dan negara.
3. Terkini koronavirus
Kementerian Kesihatan memaklumkan sejumlah 22 kontak rapat dikesan melibatkan kes ke-18 yang disahkan positif novel koronavirus.
Ia susulan kes seorang lelaki lelaki warga Malaysia berusia 32 tahun yang baharu pulang dari Macau, China pada 1 Februari lalu dan disahkan positif koronavirus pada 9 Februari lalu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, tiga daripadanya ahli keluarga sementara 19 lagi petugas kesihatan.
Sementara itu, di peringkat antarabangsa, pasukan khas pakar perubatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini berada di China bagi menyiasat mengenai wabak itu.
Ketuanya Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan, ia menyusul lawatan beliau pada akhir bulan lepas yang bersetuju menghantar misi antarabangsa bagi penyiasatan koronavirus.
Katanya, ia mengambil masa dua minggu untuk China bersetuju dengan pasukan penyiasatan berkenaan.
4. Parasite cipta sejarah di Oscars 2020
Sejarah tercipta di Hollywood apabila filem Korea Selatan, Parasite menjadi filem bukan berbahasa Inggeris pertama dinobatkan sebagai filem terbaik di Anugerah Akademi ke-92.
Prestasi cemerlang Parasite di anugerah yang berlangsung pada Ahad itu mungkin sudah dijangka ramai, tetapi tidak bagi warga Korea Selatan sendiri.
Bagi rakyat negara itu yang menonton siaran langsung anugerah tersebut, mereka terkejut dengan kejayaan filem itu mencipta sejarah.
5. Pemergian pelawak popular Abam
Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita menyedihkan pada Isnin apabila pelawak popular Abam daripada kumpulan Bocey meninggal dunia.
Abam yang disayangi ramai peminatnya itu meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.
Berita pemergian pemilik nama sebenar Syed Umar Mukhtar itu menerima ucapan takziah termasuk daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Astro Awani
Mon Feb 10 2020

Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.