KUALA LUMPUR:Rakyat Malaysia inginkan kerajaan menggubal undang-undang Anti Lompat Parti bagi mengatasi ketidakstabilan politik dalam negara.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan pusat penyelidikan swasta Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS), sebanyak 50 peratus individu percaya bahawa krisis politik semasa dapat dielakkan dengan pelaksanaan undang-undang tersebut.
“Manakala, 37 peratus mengatakan mungkin (perlu melaksanakan undang-undang Anti Lompat Parti) dan 12 peratus tidak mahu undang-undang tersebut dilaksanakan.
“Ketika ditanya sama ada krisis politik semasa adalah akibat Ahli Parlimen yang melompat (parti), 53 peratus mengatakan ya, 37 peratus mengatakan mungkin dan 10 peratus mengatakan tidak,” kata Cent-GPS dalam satu kenyataan.
BACA: Kerajaan PN perlu ada keazaman politik gubal Akta Anti Lompat Parti
Menurut tinjauan tersebut, 46 peratus responden berkata, mereka telah hilang minat berkaitan perihal politik disebabkan amalan lompat parti yang berlaku dalam kalangan Ahli Parlimen.
“Sementara itu, 36 peratus responden mengatakan sedikit sebanyak berminat akibat dipengaruhi amalan tersebut manakala 18 peratus mengatakan tidak.
“Ketika ditanya adakah amalan Ahli Parlimen lompat parti memberi kesan kepada mereka, hanya 14 peratus yang mengatakan ya, 48 peratus mengatakan agak dan 38 peratus percaya bahawa tindakan lompat parti tidak banyak memberi kesan kepada mereka,” katanya.
Hukuman yang harus dikenakan ke atas Ahli Parlimen yang lompat parti
Apabila ditanya jenis hukuman yang harus dijatuhkan sekiranya Ahli Parlimen melompat parti, tinjauan Cent-GPS mendapati 43 peratus bersetuju Ahli Parlimen tersebut harus diharamkan daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang.
“34 peratus pula berpendapat Ahli Parlimen tersebut harus segera mengosongkan kerusi, 14 peratus percaya mereka perlu didenda manakala lapan peratus berkata Ahli Parlimen terlibat harus dipenjara,” katanya.
Sekiranya amalan lompat parti masih dibenarkan, Cent-GPS berkata, ahli politik akan memberikan keutamaan kepada populariti dan dasar jangka pendek manakala dasar yang memanfaatkan negara dalam jangka masa panjang akan diketepikan.
Tinjauan yang melibatkan 1,100 individu di seluruh negara itu dilakukan bagi menilai tahap penerimaan, tuntutan dan pemahaman rakyat Malaysia berkaitan amalan lompat parti dan undang-undang Anti Lompat Parti.
Tinjauan berkenaan dilaksanakan dari 19 November sehinga 10 Disember lalu, melibatkan 56 peratus responden wanita dan 44 peratus lelaki, daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata Akta Anti Lompat Parti perlu digubal bagi mengekang amalan lompat parti oleh sesetengah Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sekali gus mampu mengatasi ‘pandemik politik’ negara.
Kata Akhbar, isu lompat parti tidak boleh terus dipinggir kerana selain menjejaskan kestabilan kerajaan, ia juga menandakan wujudnya unsur rasuah.
BACA: Gejala rasuah penjawat awam di Malaysia kini satu pandemik - Akhbar Satar
Isabelle Leong
Mon Dec 14 2020
Sekiranya Ahli Parlimen melompat parti, tinjauan Cent-GPS mendapati 43 peratus responden bersetuju Ahli Parlimen harus diharamkan daripada bertanding dalam pilihan raya yang akan datang. - Gambar hiasan
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
PBS harap RUU Antilompat Parti diluluskan di Parlimen
Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dapat diluluskan di Parlimen.
Kerajaan perlu pertimbang wujudkan undang-undang anti lompat parti - Majlis Peguam
Majlis Peguam Malaysia sekali lagi menggesa kerajaan agar mempertimbangkan penggubalan undang-undang anti lompat parti semasa persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.