KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) menyambut baik langkah Kementerian Sumber Manusia yang membenarkan majikan menggunakan khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS).
Setiausaha Agungnya, Dr Sukumaran Nair berkata, sebanyak 501 APS kategori lesen C yang berdaftar bersedia menjadi pengantara kepada majikan dalam permohonan dan proses pengambilan pekerja asing ke Malaysia.
Jelasnya, PAPSMA akan sentiasa memastikan semua pihak mematuhi terma dan syarat yang telah diberikan kepada pertubuhan bagi melicinkan proses kemasukan pekerja asing ke Malaysia.
BACA: Kerajaan digesa guna khidmat PAPSMA kendali kemasukan pekerja asing
"PAPSMA mencadangkan supaya satu kaunter khas untuk APS ini diwujudkan terutamanya di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Imigresen di setiap negeri bagi memudahkan pengambilan pekerja asing bagi pihak majikan.
“Kami berharap Kementerian Dalam Negeri juga akan memberi penekanan kepada anggota berlesen kami yang dibenarkan dan diberi kuasa oleh Kementerian Sumber Manusia untuk menyelaras dan menguruskan pengambilan pekerja asing untuk majikan.
BACA: Malaysia, Indonesia dijadual meterai MoU pekerja asing pada 17 Mac - Saravanan
"Kami juga ingin mendapatkan kerjasama pihak Jabatan Imigresen untuk mengiktiraf kami sebagai identiti sah untuk menjadi fasilitator kepada majikan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, pihaknya juga akan memastikan proses permohonan diuruskan dalam tempoh singkat agar mampu membantu sektor perniagaan meneruskan operasi selepas menghadapi masalah kekurangan pekerja akibat pandemik.
“APS juga memainkan peranan penting dalam mencari dan mendapatkan pekerja bersesuaian dengan kemahiran yang betul untuk memenuhi kekosongan pekerjaan selepas ramai pekerja asing meninggalkan negara selepas tamat kontrak kerja mereka.
“Selain itu, APS juga berperanan mengenal pasti ejen pengambilan pekerja asing di negara sumber untuk mencari dan merekrut pekerja mahir dan berpengalaman yang betul untuk industri dan sektor sesuai bagi majikan di Malaysia,” ujarnya.
PAPSMA turut mencadangkan supaya kementerian mewujudkan kaunter khas untuk APS dengan Lesen ‘C’ terutamanya di JTKMS dan Jabatan Imigresen di setiap negeri.
Untuk rekod, sehingga 17 Mac lalu, sebanyak 313,014 permohonan pekerja warga asing diterima membabitkan sektor perkilangan (193,346), perkhidmatan (48,119), perladangan (36,950), pembinaan (27,331), pertanian (7,248) dan perlombongan dan pengkuarian (20).
Semua permohonan yang diterima diproses secara berperingkat dan kelulusan bagi permohonan tersebut mula diberikan.
Astro Awani
Sun Mar 20 2022

Dr Sukumaran Nair berkata, sebanyak 501 APS kategori lesen C yang berdaftar bersedia menjadi pengantara kepada majikan dalam permohonan dan proses pengambilan pekerja asing ke Malaysia.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang
JIM menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai JIM di Pejabat Operasi Terminal 2 KLIA pada 1 Januari lalu.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap