Seramai 52 pelajar Tahfiz Darul Ulum di Seremban dipercayai mengalami keracunan makanan selepas mengadu sakit perut dan muntah pagi tadi, lapor Utusan Online.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zainudin Mohd. Ali, kesemua 52 pelajar tahfiz itu dikatakan mula mengalami simptom berkenaan kira-kira pukul 4 pagi.
Dr Zainudin berkata, mangsa berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu menikmati ayam goreng kunyit yang disedekahkan oleh orang awam untuk makan malam.
“Seramai 36 pelajar telah mendapat rawatan pesakit luar di Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar dan 33 daripadanya telah dibenarkan pulang ke pusat tahfiz manakala tiga orang lagi masih di pantau di wad kecemasan.
“Seramai 16 orang pelajar lagi dirawat oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Ampangan di pusat tahfiz tersebut dan kesemua pelajar berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Zainudin juga menjelaskan, pihaknya telah melakukan siasatan di kediaman individu yang menyumbangkan masakan tersebut dan mendapati kebersihan tempat penyediaan makanan adalah memuaskan.
“Setakat ini, beberapa sampel makanan telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh untuk ujian selanjutnya dan keputusan dijangkakan diperoleh dalam tempoh satu hingga dua minggu," katanya lagi.
Astro Awani
Fri Oct 19 2018

Mangsa berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu menikmati ayam goreng kunyit yang disedekahkan oleh orang awam untuk makan malam. - Gambar hiasan

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

KPDN keluar notis kepada peniaga jual ayam goreng kunyit RM20 di Langkawi
KPDN telah mengeluarkan satu NPMB terhadap seorang peniaga makanan yang didakwa menjual ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan di premisnya di Pantai Chenang, Langkawi.

Tak puas hati ayam goreng kunyit RM20 sepinggan di Langkawi
Seorang pelanggan yang mengunjungi sebuah kedai makanan di Pantai Chenang melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk hidangan sepinggan ayam goreng kunyit.

52 pelajar tahfiz alami keracunan makanan
Kesemua 52 pelajar tahfiz itu dikatakan mula mengalami simptom berkenaan kira-kira pukul 4 pagi.

Jenama dan logo Nasi Kak Wook disahkan berdaftar dengan MyIPO
Nasi Kak Wook Original Recipe The Taste Is Begin 1970 sah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.