Kira-kira 53 jenama yang dekat di hati kalangan rakyat Malaysia, berjaya muncul sebagai pemenang kategori platinum dan emas di acara Anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader's Digest 2019 malam tadi yang berdasarkan hasil undian pengguna negara ini.
Reader's Digest yang juga antara majalah terkenal dunia, terbabit menganjurkan acara tahunan itu sejak 21 tahun lepas bagi mengiktiraf jenama dan memiliki kualiti seperti integriti, jujur serta telus.
Kesemua 53 pemenang tersebut mewakili pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, produk penjagaan diri, pengendali khidmat penjagaan kesihatan, peralatan elektronik rumah, institusi kewangan serta pemaju hartanah.
Anugerah Platinum Jenama Paling Dipercayai itu diraih syarikat yang mendapat markah tinggi dalam kategori tersebut seperti Spritzer, Nescafe, (minyak masak) Knife, SK II, Canon, Samsung, Shell, DHL, Universiti Malaya dan Maybank.
Bagi anugerah emas pula, jenama cemerlang yang mengatasi saingan masing-masing adalah Pos Laju, CIMB, Petronas, Universiti Teknologi MARA, Amway Nutrilite, Apple, Honda, Toyota dan Starbucks.
Ketua Pengarang Reader's Digest Louise Waterson berkata majalah itu amat menghargai usaha berterusan organisasi terbabit dalam membina jenama yang dipercayai oleh pengguna.
Selain mendapatkan dan mengekalkan kebolehpercayaan jenama, syarikat runcit dan penyedia perkhidmatan itu turut mengambil maklum mengenai kepentingan serta kuasa media sosial semasa dalam mempengaruhi keputusan pembelian pengguna, katanya.
"Berdasarkan keputusan kaji selidik Jenama Dipercayai bagi 2019, aspek kehadiran (jenama) yang dapat bertahan lama di pasaran terbukti menjadi perkara teras bagi mendapat serta menikmati kepercayaan pengguna.
"Malah, jenama yang terus menawarkan kualiti dan nilai sebenar terbukti terus mendapat kepercayaan kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2019
Kesemua 53 pemenang tersebut mewakili pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, produk penjagaan diri, pengendali khidmat penjagaan kesihatan, peralatan elektronik rumah, institusi kewangan serta pemaju hartanah. - Foto BERNAMA
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
53 jenama dipercayai rakyat Malaysia raih anugerah Reader's Digest
Kira-kira 53 jenama yang dekat di hati kalangan rakyat Malaysia, berjaya muncul sebagai pemenang kategori platinum dan emas di acara Anugerah Jenama Paling Dipercayai yai Reader's Digest 2019. 2019.