Seramai 54 daripada 63 pelajar yang memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diluluskan permohonan mereka semalam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 13 pelajar ditawarkan biasiswa bagi pengajian di luar negara dan 41 di universiti dalam negara.
Beliau berkata 13 pelajar tersebut akan diberi tajaan sebanyak 80 peratus manakala 41 orang yang mengikuti pengajian dalam negara mendapat tajaan penuh.
"Perkara ini diputuskan selepas kami membentangkan laporan penuh berkenaan petisyen oleh 63 pelajar tersebut kepada Kabinet semalam.
"Sebenarnya ini amalan yang dilakukan JPA pada tahun-tahun terdahulu sebelum kerajaan pada 2016 menetapkan biasiswa hanya disediakan untuk pengajian dalam negara," katanya ketika diminta mengulas keputusan permohonan pelajar terbabit selepas isu itu dibawa ke Kabinet.
Bercakap kepada pemberita selepas meninjau Program MyBest Buy FAMA @JPA4U di Dataran Kompleks C di sini hari ini, Borhan berkata maklumat berhubung keputusan itu akan dimuat naik ke laman sesawang JPA hari ini.
Beliau berkata bagi tajaan ke luar negara, JPA hanya memberi pertimbangan bagi pengajian di universiti yang berada di ranking 10 terbaik dunia oleh QS World University Rankings, antaranya Universiti Harvard dan Universiti Oxford.
Dalam perkembangan lain, Borhan berkata 300 pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berstatus tetap atau penjawat awam akan diserap ke dalam kementerian, jabatan bersesuaian selepas jabatan itu dibubarkan.
Beliau berkata bagi perjawatan lain, pihaknya perlu menunggu perakuan jemaah menteri sebelum memutuskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan terhadap penyandang jawatan tersebut.
Sebuah portal hari ini melaporkan kenyataan Panel Pemikir JASA Tun Faisal Ismail Aziz bahawa kerajaan akan menutup jabatan itu pada 15 Okt depan, sekaligus menyebabkan 800 kakitangannya kehilangan pekerjaan.
Berhubung isu pegawai menteri lantikan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa tidak menerima gaji atas faktor tertentu seperti dokumen lantikan tidak lengkap, Borhan berkata isu itu telah selesai.
Beliau berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengeluarkan kelulusan menyeluruh pada bulan lepas kepada semua kementerian yang membenarkan lantikan pegawai berkenaan diproses dan diterima.
Susulan itu, JPA mengarahkan semua kementerian untuk melaksanakan pembayaran gaji pegawai terbabit dengan urusan berkaitan penyediaan dokumen lengkap dibuat dalam kadar segera kemudian, katanya.
Berhubung MyBest Buy FAMA, Borhan berkata program yang dilaksanakan sejak 2013 itu ternyata memberi banyak manfaat kepada penjawat awam bagi membeli kelengkapan harian pada harga jualan lebih rendah daripada harga pasaran.
Beliau berkata program yang beroperasi di 143 lokasi meliputi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara itu telah membantu seramai 1,500 usahawan tani memasarkan produk masing-masing secara langsung kepada pembeli.
Sejak beroperasi pada 2013, MyBest Buy FAMA telah mencatat nilai jualan sebanyak RM42 juta, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 20 2018
![54 daripada 63 pemohon ditawar biasiswa JPA 54 daripada 63 pemohon ditawar biasiswa JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51488468405_JPA.jpg)
Bagi tajaan ke luar negara, JPA hanya memberi pertimbangan bagi pengajian di universiti yang berada di ranking 10 terbaik dunia oleh QS World University Rankings, antaranya Universiti Harvard dan Universiti Oxford.
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan di laluan keluar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuhraya Kesas, awal pagi Selasa.
Kanak-kanak tujuh tahun lemas di kolam kondominium
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di Tasik Residensi, Jalan Putra Prima Utama, Puchong, semalam.
Kanak-kanak dipukul telah dapatkan rawatan - Nancy Shukri
Kanak-kanak perempuan yang dipukul seorang wanita sehingga terkena bucu kerusi dan mengalami pendarahan di kening, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Polis menahan seorang wanita yang tergamak memukul anak perempuannya sehingga tersungkur jatuh dan terhantuk bucu bangku hingga berdarah pada dahi di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau, pada Isnin.
Sambutan Thaipusam di Batu Caves terus meriah
Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim membawakan perkembangan terkini dari batu Caves sempena sambutan Thaipusam.
![Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739247569_PresidenErdogan.jpg)
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
![1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS 1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739246839_ScottsdaleAirport.jpg)
1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS
Sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan dan melanggar jet perniagaan 'Gulfstream 200' yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.
[TERKINI] Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
![Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735790030_singapore.jpg)
Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.
![Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739245878_TBNANCY.jpg)
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
![Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739137046_peluangbelajardit.jpg)
Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im
Permohonan dibuka sehingga 28 Feb, sekali gus memberikan peluang kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.
![Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732829998_AnwarIbrahim.jpg)
Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM
Seorang pelajar UUM dari Sabah bimbang tidak akan menerima biasiswa kerana ibunya belum mendapat taraf permastautin tetap (PR).
![Malaysia tawar dua biasiswa kepada pelajar Peru Malaysia tawar dua biasiswa kepada pelajar Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731594437_TheSunofPeru.jpg)
Malaysia tawar dua biasiswa kepada pelajar Peru
Malaysia menawarkan dua biasiswa kepada pelajar Peru untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tahun depan.
![Al-Azhar setuju tawar biasiswa bagi pelajar Malaysia cemerlang dalam tiga bidang Al-Azhar setuju tawar biasiswa bagi pelajar Malaysia cemerlang dalam tiga bidang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731273010_AnwarIbrahim.jpg)
Al-Azhar setuju tawar biasiswa bagi pelajar Malaysia cemerlang dalam tiga bidang
Persetujuan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluaskan akses pendidikan kepada pelajar dari Malaysia.
![Permohonan untuk program biasiswa kerajaan Rusia kini dibuka untuk warga Malaysia Permohonan untuk program biasiswa kerajaan Rusia kini dibuka untuk warga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629791867_pelajar.jpg)
Permohonan untuk program biasiswa kerajaan Rusia kini dibuka untuk warga Malaysia
Program Biasiswa Kerajaan Rusia untuk pengambilan 2025/2026 kini dibuka untuk permohonan daripada semua warganegara Malaysia yang layak.
![Maxis lancar Program Biasiswa 2024, tumpu subjek STEM Maxis lancar Program Biasiswa 2024, tumpu subjek STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707132281_maxis.jpg)
Maxis lancar Program Biasiswa 2024, tumpu subjek STEM
Program itu menggabungkan bantuan kewangan dengan pendedahan industri bagi membolehkan pelajar mencapai aspirasi mereka.
![Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649207524_TBGAMUDA.jpg)
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
![UNITAR sedia biasiswa RM1 juta kepada anak Pulau Pinang tahun ini UNITAR sedia biasiswa RM1 juta kepada anak Pulau Pinang tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719530027_TunAhmadFuziAbdul.jpg)
UNITAR sedia biasiswa RM1 juta kepada anak Pulau Pinang tahun ini
Biasiswa itu meliputi yuran pengajian dan penginapan untuk keseluruhan tempoh pengajian di universiti berkenaan.
![Zahir sokongan, KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin Zahir sokongan, KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715255610_tbEwonBenedick.jpg)
Zahir sokongan, KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin
KUSKOP menawarkan pembiayaan pengajian dalam bidang koperasi sekurang-kurangnya kepada tiga pelajar Palestin.
![Menteri Pendidikan Arab Saudi nyata komitmen naikkan biasiswa pelajar Malaysia Menteri Pendidikan Arab Saudi nyata komitmen naikkan biasiswa pelajar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709303866_ZambryAbdKadir.jpg)
Menteri Pendidikan Arab Saudi nyata komitmen naikkan biasiswa pelajar Malaysia
Menteri Pendidikan Arab Saudi Dr Yousef Abdullah Al-Benyan menyatakan komitmen untuk menaikkan biasiswa Kerajaan Arab Saudi kepada pelajar Malaysia.