ALOR GAJAH: Seramai 18 juta atau 55.1 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat 5 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia (Program Sosial dan Pembangunan Teknikal) Nazaria Baharudin.
Beliau berkata bilangan penduduk tertinggi memberi respons kepada Banci Malaysia 2020 dicatatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 101.3 peratus, diikuti Perlis (82.8 peratus), Johor (77 peratus), Kelantan (72.3 peratus) dan Melaka (70.6 peratus).
"Untuk isi rumah, tujuh negeri mencatat kadar respons melebihi 70 peratus iaitu Kelantan (90 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (84.9 peratus), Perlis (80.1 peratus), Johor (78.9 peratus), Melaka (73.2 peratus), Terengganu (72.5 peratus) dan Perak (70.6 peratus).
"Bagi tempat kediaman pula, enam negeri mencatatkan kadar respons tertinggi iaitu Kelantan (104.1 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (100.4 peratus), Perlis (87.0 peratus), Perak (85.2 peratus), Melaka (84.0 peratus) dan Johor (83.9 peratus)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program turun padang Banci 2020 di daerah Alor Gajah, di sini hari ini.
Mengulas mengenai Banci 2020 di Melaka, Nazaria berkata sebanyak 659,000 atau 71 peratus daripada anggaran 932,000 penduduk Melaka telah dibanci, sementara tempat kediaman pula, sebanyak 264,000 atau 84.0 peratus daripada keseluruhan tempat kediaman telah dibanci bagi tempoh sama.
Katanya pembancian sedang rancak dijalankan dengan status selesai mengikut daerah didahului Alor Gajah (90.5 peratus), Jasin (85.3 peratus) dan Melaka Tengah (84.2 peratus).
"Ini menjadikan Melaka antara negeri terawal yang akan selesai operasi Banci 2020 memandangkan sasaran pembancian di lapangan akan selesai sepenuhnya pada penghujung Mei ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021

Bilangan penduduk tertinggi memberi respons kepada Banci Malaysia 2020 dicatatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 101.3 peratus, diikuti Perlis (82.8 peratus), Johor (77 peratus), Kelantan (72.3 peratus) dan Melaka (70.6 peratus). - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

557 daripada 1,065 mukim capai kategori menua, Kerling tertinggi - DOSM
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Mukim Kerling di Selangor mencatatkan penduduk tertinggi bagi umur 65 tahun dan lebih dengan 25.2 peratus.

KDNK negeri Johor meningkat 2.4 peratus, berada di landasan pemulihan - Ketua Perangkawan
Ekonomi negeri Johor kini berada pada landasan pemulihan berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi negeri terbabit mencatatkan nilai RM131.1 bilion pada tahun lalu.

Penerbitan Subnasional DUN bantu ADUN rancang strategi tingkat ekonomi penduduk - Mustapa
Ia sebagai rujukan kepada ADUN mengenai maklumat Banci 2020 dari peringkat nasional sehingga kawasan terkecil.

COVID-19: Gelandangan meningkat di Sao Paulo akibat pandemik
Dapatan banci menunjukkan sekurang-kurangnya 31,884 tinggal di jalanan di bandar Sao Paulo.

Banci 2020: 330 petugas dijangkiti COVID-19, beberapa meninggal dunia
Lebih 300 petugas Banci Malaysia 2020 dijangkiti COVID-19 dengan beberapa dalam kalangan mereka meninggal dunia sepanjang tempoh operasi pembancian.

Aktiviti bancian gelandangan di Kuala Lumpur pada 27 Oktober ini - DOSM
DOSM mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksanakan Banci Malaysia 2020 secara bersemuka dan Drop Off and Pick Up.

Lebih 68 peratus penduduk Malaysia telah dibanci
Seramai 22.5 juta atau 68.8 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia telah dibanci menerusi Operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020).

Pasangan di China akan dibenar mempunyai tiga anak
China bakal melonggarkan dasar perancangan keluarga daripada dua kepada tiga anak bagi setiap keluarga.

55.1 peratus penduduk Malaysia telah dibanci setakat ini
Seramai 18 juta atau 55.1 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat 5 Mei lepas.

17.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci
Seramai 17.7 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat semalam.