KUALA NERANG: Sebanyak 55 buah sekolah luar bandar di Kedah telah dilengkapi dengan kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) yang dapat memperluaskan jaringan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah-sekolah yang terlibat serta kawasan sekitar.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kemudahan itu akan membolehkan lebih ramai rakyat di Kedah khususnya di kawasan sekolah-sekolah, mendapat perkhidmatan dan akses kepada internet yang lebih pantas.
"Ini penting untuk kita mengurangkan apa yang disebut sebagai jurang atau kesenjangan digital. Kita tidak mahu satu keadaan.. mereka yang tinggal di kawasan bandar mendapat internet berkelajuan tinggi, tapi yang tidak tinggal di kawasan bandar, mereka jauh ketinggalan.
"Jadi insya-Allah projek PoP ini akan membantu untuk mengurangkan kesenjangan itu... untuk makluman juga PoP berkenaan adalah di bawah pelaksanaan fasa satu yang disediakan di luar kawasan sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hab gentian optik PoP Zon Utara di sini hari ini.
Beliau berkata kira-kira 40 peratus port sambungan internet yang disediakan di semua PoP di 55 buah sekolah berkenaan telah dilanggan oleh pengguna dan dijangka ramai lagi pengguna akan melanggan selepas mengetahui kemudahannya.
Fahmi berkata banyak kawasan yang menyaksikan penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap tidak mempunyai port sambungan internet untuk ditawarkan, sekali gus menyukarkan pengguna untuk melanggan perkhidmatan.
"Namun dengan program PoP ini kita sediakan (kemudahan itu) jadi dikurangkan kos bagi penyedia perkhidmatan dan bagi pengguna, mereka boleh mendapat perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas," katanya.
Sementara itu Fahmi berkata RM4.6 bilion diperuntukkan untuk membina 4,323 PoP di kawasan berhampiran sekolah luar bandar di seluruh negara membabitkan dua fasa pelaksanaan, dengan fasa pertama telah bermula pada 2021 manakala fasa kedua pula bermula pada 2022 sehingga 2025.
Turut hadir pada program itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Roslan Ariffin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
![55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi gentian optik - Fahmi Fadzil 55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi gentian optik - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680098375_TBFAHMIPADANGTERAP.jpg)
Fahmi menandatangani plak perasmian kemudahan gentian optik PoP Zon Utara di SMK Padang Terap hari ini. - Gambar Bernama
AWANI Borneo [12/2/2025] – Muktamad milik Sarawak| Penghubung Sabah dan Sarawak| Bantu golongan petani
Awani Borneo Rabu, 12 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AirBorneo tetap terima subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan kepada Air Borneo, sama seperti MASWings sebelum ini.
Pengambilalihan muktamad, MASWings bakal dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangaan Sarawak yang diambil alih daripada MASWings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
![Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739243135_NorainiAhmad.jpg)
Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.
![Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738159505_PendidikanSyria.jpg)
Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan
Sektor pendidikan di Syria, terutamanya di Aleppo, menghadapi cabaran besar untuk dibangunkan semula.
![British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737807282_BritishCouncil.jpg)
British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.
![Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737724237_AhmadZahidHamidi.jpg)
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
![Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737475417_vijayeswaranwef.jpg)
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group
Vijay berkata, format silibus pendidikan di universiti tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan yang ketinggalan zaman.
![Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737383024_DakwaAnakdipukulg.jpg)
Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.
![China umum pelan bina 'negara pendidikan kukuh' menjelang 2035 China umum pelan bina 'negara pendidikan kukuh' menjelang 2035](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737339013_generic.jpg)
China umum pelan bina 'negara pendidikan kukuh' menjelang 2035
China berhasrat untuk mewujudkan sistem pendidikan berkualiti tinggi dengan tahap aksesibiliti dan kualiti "antara yang terbaik di dunia."
![Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736951873_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.