KUALA LUMPUR: Sebanyak 155 daripada 260 bandar telah mencapai kategori menua manakala 557 daripada 1,065 mukim mencapai kategori yang sama.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Mukim Kerling di Selangor mencatatkan penduduk tertinggi bagi umur 65 tahun dan lebih, dengan 25.2 peratus.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memaklumkan, Mukim Pulau Babi di Johor mencacatkan 96.2 peratus penduduk berusia 15 hingga 64 tahun.
Mohd Uzir menjelaskan, jumlah penduduk tertinggi bagi umur 0 hingga 14 tahun adalah Mukim Ayer Molek di Melaka dengan 73.4 peratus.
“Penduduk di mukim meningkat daripada 15.3 juta pada 2010 kepada 18.6 juta pada 2020.
"Pada masa yang sama, penduduk di bandar meningkat kepada 5.9 juta pada 2020 berbanding dengan 5.0 juta pada 2010.
"Sementara itu, pekan mencatatkan taburan penduduk 2.0 juta pada 2020 (2010: 1.6 juta),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohd Uzir juga memaklumkan, sebanyak 50 peratus daripada 405 buah pekan juga telah mencapai kategori menua.
Menurut beliau, bilangan tempat kediaman bagi mukim berjumlah 5.6 juta, manakala bandar mencatatkan 1.9 juta, dan pekan dengan 0.6 juta tempat kediaman pada tahun 2020.
"Mukim Hulu Kinta, Perak merekodkan bilangan tempat kediaman tertinggi bagi mukim (0.2 juta), manakala bagi bandar, Bandar Ampang, Selangor merekodkan bilangan tempat kediaman tertinggi (0.1 juta), dan Pekan Baru Sungai Buloh, Selangor mencatatkan bilangan tempat kediaman tertinggi bagi pekan (0.04 juta).
"Mukim Pulai, Johor merekodkan bilangan tempat kediaman kosong tertinggi iaitu 0.05 juta,” katanya lagi.
DOSM memaklumkan, terdapat 1,730 mukim, bandar dan pekan di Semenanjung Malaysia yang merangkumi 13 negeri seperti yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara.
Daripada jumlah tersebut, 1,065 ialah Mukim, 260 ialah bandar dan 405 ialah pekan.
Bagi Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan, sempadan statistik adalah berdasarkan pewartaan pusat pentadbiran negeri dan Banci Malaysia 2020 di mana persempadanan data statistik adalah berdasarkan peringkat Negeri, Bahagian dan Daerah/ Daerah Kecil (tanpa mukim, bandar dan pekan).
Astro Awani
Mon Feb 26 2024
![557 daripada 1,065 mukim capai kategori menua, Kerling tertinggi - DOSM 557 daripada 1,065 mukim capai kategori menua, Kerling tertinggi - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41596794976_MohdUzirMahidin.jpg)
Mohd Uzir menjelaskan, jumlah penduduk tertinggi bagi umur 0 hingga 14 tahun adalah Mukim Ayer Molek di Melaka dengan 73.4 peratus. - Gambar fail
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
![Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662090253_SektorPembuatan.jpg)
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus memberikan impak positif berikutan permintaan luar yang semakin baik, sejajar dengan situasi global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research.
![Pasaran getah tempatan ditutup tinggi Pasaran getah tempatan ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710168836_TBgetah.jpg)
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
![Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707375128_TBIHPR.jpg)
Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion
Perdagangan borong dan tuncit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM143.9 bilion pada Disember 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
![GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702599889_GCSIAP.jpg)
GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) komited untuk menjadi pemudahcara kepada perkongsian amalan statistik terbaik antara negara.
![Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689157991_TBMerdeka.jpg)
Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Perdagangan borong dan runcit Malaysiamencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023.
![Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022 Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610298384_WestportsPortKlang.jpg)
Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya.
![Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512315424_Internet.jpg)
Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).
![Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678689820_TBbnm.jpg)
Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac
Trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.
![Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023 Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670388537_JalanTAR.jpg)
Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.