Kemalangan di tempat kerja dijangka meningkat melebihi 59,000 kes sehingga akhir tahun ini berikutan jumlah kemalangan yang dicatatkan sehingga Oktober lepas sebanyak 51,664 kes.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata kemalangan tahun lepas berjumlah 59,167 kes meliputi kes kemalangan di tempat kerja, berulang-alik ke tempat kerja dan akibat penyakit pekerjaan.
"Berdasarkan rekod, 38 peratus dari 51,664 kes adalah disebabkan kemalangan berulang-alik ke tempat kerja membabitkan pekerja yang menunggang motosikal berumur 40 tahun ke bawah mencatatkan jumlah paling tinggi.
"Kementerian rasa keadaan ini perlu diberi perhatian kerana usia bawah 40 tahun adalah yang paling produktif meningkatkan hasil kerja," kata Maznah kepada pemberita selepas merasmikan bengkel bimbingan sektor perusahaan kecil dan sederhana di Pendang Lake Resort pada Khamis.
Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Datuk Dr Johari Basri.
Bernama
Thu Dec 27 2012

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.
59,000 kemalangan berlaku di tempat kerja
Kemalangan di tempat kerja dijangka meningkat melebihi 59,000 kes sehingga akhir tahun ini berikutan jumlah kemalangan yang dicatatkan sehingga Oktober lepas sebanyak 51,664 kes.