SEREMBAN: Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata projek menerusi Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pesisiran Pantai Port Dickson itu merangkumi 31 projek strategik atau berimpak tinggi, 12 projek utama dan 16 projek sokongan.
"Ia akan dilaksanakan mengikut fasa iaitu fasa satu dari 2020 hingga 2023, fasa dua (2023-2026) dan fasa tiga (2026-2030).
"RKK Pesisiran Pantai Port Dickson yang disediakan untuk tindakan pelaksanaan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) termasuk melibatkan projek berkaitan cadangan jalan, laluan kereta api dan landskap," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Choo Ken Hwa (PH-Lukut) yang ingin tahu status pelaksanaan RKK Persisiran Pantai Port Dickson setelah dilancarkan pada 2020.
RKK Pesisiran Pantai Port Dickson merupakan pelan perancangan pembangunan terperinci menetapkan matlamat pembangunan untuk memperkukuh peranan Port Dickson sebagai bandar pelancongan pesisiran pantai bertaraf antarabangsa.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata pihaknya juga bercadang membuka semula operasi landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson bagi membantu industri pengangkutan dan pelabuhan logistik di Negeri Sembilan.
Beliau menjawab soalan tambahan Choo yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri mahu mengembalikan semula operasi landasan kereta api di laluan berkenaan sekali gus memberi imej baharu kepada negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Aminuddin berkata projek menerusi RKK Pesisiran Pantai Port Dickson itu merangkumi 31 projek strategik atau berimpak tinggi, 12 projek utama dan 16 projek sokongan. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.
Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.
Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.
Koridor Ekonomi Anjung Selatan medium terbaik selaras projek pembangunan berimpak tinggi
Koridor Ekonomi Anjung Selatan menjadi medium terbaik bagi penyelarasan projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Payung pantai lebih cantik ganti khemah biru di Telok Kemang bermula 11 Jan - MPPD
Beliau berkata pihaknya telah membuat perolehan payung pantai tersebut dan ia mengambil sedikit masa kerana melibatkan kuantiti yang banyak.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Tiada lagi khemah biru, aktiviti berkelah kembali seronok di Port Dickson
Keindahan pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulunya terhalang dengan deretan khemah biru kini dapat dinikmati seluas-luasnya.