KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada Khamis diharap dapat mewujudkan asas dalam mengukuhkan teknologi 5G bagi memacu sektor perindustrian ke arah kemajuan teknologi dan integrasi ke dalam pasaran global.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, MoU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Ini susulan daripada siri perbincangan yang telah diadakan antara Menteri Kewangan II, MITI, Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi di mana kita lihat manfaat penggunaan rangkaian 5G harus dioptimakan sebaik mungkin terutama sektor industri.
"Jadi hari ini hubungan yang telah dijalin antara MIDA dan MCMC, kita percaya akan memungkinkan syarikat tempatan khususnya PKS dan sektor vertikal menyegerakan penerima gunaan rangkaian 5G.
"Dari segi teknikal, MCMC akan menyediakan kepakaran manakala pihak MIDA akan mengenal pasti syarikat yang paling berpotensi untuk memanfaatkan 5G," katanya.
Fahmi berkata demikian selepas majlis pertukaran MoU antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Sikh Shamsul Sikh Abdul Majid.
Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Jelas Fahmi, kerjasama antara agensi kerajaan, pemain industri serta pihak berkepentingan adalah sangat diperlukan dalam membentuk kemampanan dan keupayaan untuk beradaptasi.
Pemeteraian MoU itu juga selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI dan merupakan langkah penting ke arah merealisasikan matlamat ekonomi digital Malaysia untuk menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.
Inisiatif itu bertepatan dengan matlamat yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), khususnya dalam misi Tech Up for a Digitally Vibrant Nation yang menekankan kepentingan untuk mengadaptasi teknologi digital bagi mewujudkan 3,000 kilang pintar di negara ini.
Setakat 31 Mei 2024, capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara telah mencecah 81.7 peratus dan melibatkan sebanyak 14.1 juta langganan 5G.
Madiha Abdullah
Thu Jul 04 2024

Fahmi berkata, MoU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta PKS. - Gambar Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

PKS: Sokongan turut ambil kira aspek pemerkasaan usahawan
BSN memberikan khidmat nasihat dan bimbingan serta program latihan yang berkala bagi memastikan pelanggan mereka mempunyai pengetahuan yang diperlukan tentang dunia digital.

Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.

Funding Societies peroleh pelaburan daripada Cool Japan Fund
Setiap tahun, purata pelaburan langsung Jepun di rantau ASEAN dianggarkan berjumlah kira-kira RM83 bilion.

MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.

Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir
Maybank menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di seluruh negeri.

PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.

Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.

Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.

SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi
Siri Kedua ini mengukuhkan lagi SIBS sebagai acara antarabangsa untuk perniagaan, inovasi, dan pertumbuhan lestari di ASEAN, dengan meletakkan Selangor sebagai gerbang ke rantau ini.