KUALA LUMPUR: Rangkaian generasi kelima (5G) adalah pemacu bagi kemunculan bandar pintar di Malaysia, kata ahli akademik.
Pensyarah Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Leow Chee Yen berkata blok bangunan asas bandar pintar terdiri daripada infrastruktur yang baik dilengkapi dengan rangkaian komprehensif canggih teknologi 5G antara lain.
"Bandar pintar menggunakan teknologi semasa dan baru muncul seperti 5G, Internet Benda (IoT), data raya, awan, pengkomputeran tepi, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain, dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan perkhidmatan di seluruh bandar, meningkatkan produktiviti ekonomi dan menawarkan penambahbaikan perkhidmatan kepada penduduk, tanpa mengabaikan kesan alam sekitar dan mengambil kira kelestarian," katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.
Leow berkata bandar pintar akan mendigitalkan perkhidmatan awam, yang menghubungkan jabatan kerajaan, membolehkan penyampaian perkhidmatan majlis perbandaran yang cekap kepada orang ramai, sambil menyediakan mekanisme keselamatan awam yang reaktif dan responsif untuk memastikan kesejahteraan penduduk.
"Melalui ketersambungan dan sensor yang digunakan di seluruh bandar, pihak berkuasa boleh menggunakan data raya dan analisis yang dikumpulkan dan dapat meramalkan masa depan, contohnya pertumbuhan bandar, lalu lintas atau penduduk dan aspek persekitaran seperti keadaan cuaca dan juga indeks pencemaran udara," katanya.
Leow berkata melalui pengumpulan data menerusi peranti IoT ini, AI dapat mengenali corak untuk meramalkan kemungkinan bencana, contohnya insiden banjir kilat di kawasan tertentu di bandar dan juga menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas sambil mengurangkan jejak karbon atau pelepasan co2 daripada kenderaan kepada alam sekitar.
Katanya dari segi ekonomi, penubuhan bandar pintar juga akan dapat menarik pelaburan langsung asing kerana pelabur boleh mengembangkan pejabat satelit dan dapat menawarkan peluang pekerjaan.
"Pendigitalan sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan akan menawarkan penduduk peluang yang sama dalam pendidikan berkualiti dan perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh bandar. Akhirnya penduduk dapat menikmati kehidupan lebih baik di bandar pintar dengan teknologi 5G," katanya.
Leow yang telah mengumpul lebih 400 jam sebagai pelatih profesional dalam teknologi 4G dan 5G telah menghapus salah tanggapan umum bahawa 5G hanyalah versi 4G yang lebih pantas, malah 5G lebih berkeupayaan untuk menyambungkan mesin dan peranti IoT.
Beliau berkata selain 5G yang meningkatkan 4G dalam semua aspek, ia juga menyokong fungsi dan ciri baharu yang tidak dapat dicapai oleh 4G, seperti sokongan kenderaan autonomi kritikal misi dan aplikasi dron yang memerlukan kependaman yang ketat serta rangkaian yang boleh dipercayai.
"Selain meningkatkan jalur lebar serta membuat sambungan sekurang-kurangnya 20 kali lebih pantas, 5G juga menyokong peranti IoT dengan keupayaan untuk menyambung satu juta sambungan bagi setiap kilometer persegi kawasan.
"5G bukan sahaja memberi manfaat bagi mereka yang tinggal di bandar besar tetapi juga di kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang seiring dengan visi kerajaan untuk menyediakan ketersambungan bertaraf dunia untuk rakyat dan membantu Malaysia menjadi sebuah negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022

Penubuhan bandar pintar juga akan dapat menarik pelaburan langsung asing kerana pelabur boleh mengembangkan pejabat satelit dan dapat menawarkan peluang pekerjaan.

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor
Hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas.

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.

Belanjawan 2025: RM15.1 juta untuk tingkat pembangunan bandar pintar
Sebanyak RM15.1 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi meningkatkan pembangunan bandar pintar di seluruh negara.

Malaysia teroka peluang kerjasama bandar pintar, pelaburan teknologi dengan China - Zaliha
Dr Zaliha berkata peluang kerjasama itu akan dinyatakan pada lawatan kerja rasminya selama enam hari ke China bermula hari ini.

Malaysia-China akan meterai MoU dalam bidang perumahan, bandar pintar - Kor Ming
Malaysia dan China bakal memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang perumahan, perancangan bandar dan bandar pintar, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.

SDEC tarik 15,000 pelawat, jana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta - Sidec
Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor kelapan yang diadakan Oktober lepas, menarik lebih 15,000 pelawat dan menjana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta.

RMK12: Lima bandar pintar menjelang 2025
Sekurang-kurangnya lima bandar disasarkan untuk diiktiraf sebagai pelaksana awal bandar pintar menjelang tahun 2025 iaitu dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar
Mahu wujudkan bandar selamat dan utamakan isu keselamatan termasuk penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) serta penglibatan komuniti.

Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030 - PM Anwar
Kerajaan menyasarkan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030.

Forum dan mesyuarat Datuk Bandar ASEAN bincang kerjasama bina bandar pintar
Datuk Bandar negara-negara (ASEAN) bertemu di Phnom Penh bagi membincangkan bagaimana untuk membina bandar pintar di rantau ini.