KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 6.5 juta liter diesel sehari disimpulkan telah disalah guna oleh industri atau diseludup ke negara jiran sebelum penyasaran semula subsidi dilaksanakan, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata penyasaran semula subsidi diesel telah menyaksikan pengurangan jualan sebanyak 23 peratus atau 6.5 juta liter sehari dari stesen minyak di Semenanjung Malaysia.
Amir Hamzah berkata purata jualan harian diesel dari stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia pada awal Jun adalah 28.6 juta liter sehari, manakala pada awal bulan ini, purata jualan harian diesel menurun kepada 22.2 juta liter sehari.
"Kesimpulan ini disokong dengan data yang menunjukkan jualan diesel secara komersial telah meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari bagi tempoh perbandingan yang sama.
"Memandangkan kini harga di stesen minyak adalah pada RM3.35 seliter, pihak industri yang sebelum ini membeli diesel bersubsidi telah beralih balik kepada membeli diesel secara komersial," katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad, Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar dan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman yang secara kolektif ingin tahu berkaitan keberkesanan inisiatif Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) selepas penyasaran subsidi diesel.
Menurut Amir Hamzah, pada masa sama terdapat stesen minyak di kawasan utara Semenanjung Malaysia berdekatan dengan sempadan yang mengalami kejatuhan jualan diesel 40 hingga 50 peratus selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.
"Keadaan ini memaparkan kejatuhan aktiviti penyeludupan ke negara jiran disebabkan pengurangan margin keuntungan penyeludup," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan telah menyediakan bantuan tunai RM200 sebulan bagi petani kecil dan pekebun kecil yang ditakrifkan menghasilkan jualan pertanian antara RM50,000 dan RM300,000 setahun.
Berdasarkan bantuan itu, petani kecil dan pekebun kecil yangmemenuhi syarat kelayakan dan berdaftar dengan portal GeoAgro Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi, layak memohon untuk bantuan tunai.
"Pada masa yang sama, petani kecil dan pekebun kecil yang layak, turut dapat memanfaatkan bantuan Skim Kenderaan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 bagi kenderaan logistik supaya kos pengangkutan pengeluaran ke pasaran tidak meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Persidangan Dewan Negara sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Pegawai polis tolak rasuah RM50,000 antara penerima surat penghargaan KPN
Berpegang kepada prinsip integriti PDRM dan ajaran agama, Insp Mohd Tarmizi Said, turut menahan individu yang cuba menyogoknya itu agar tindakan dapat diambil terhadap jenayah yang dilakukan.

Kes seludup diesel di Kelantan turun 95 peratus - KPDN
Penyeludupan diesel di negeri Kelantan menurun sebanyak 95 peratus sejak kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel.

6.5 juta liter diesel disalah guna, diseludup setiap hari sebelum penyasaran semula subsidi
Sekurang-kurangnya 6.5 juta liter diesel sehari disimpulkan telah disalah guna oleh industri atau diseludup ke negara jiran sebelum penyasaran semula subsidi dilaksanakan.

MCW dakwa pengusaha stesen minyak dalang penyeludupan diesel
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mendakwa kes penyeludupan diesel bersubsidi berpunca daripada keterlibatan sebahagian pengusaha stesen minyak di sempadan.

KPDN kerjasama dengan pihak berkuasa banteras penyeludupan diesel di sempadan
KPDN akan menguatkan pemantauan di kawasan sempadan untuk mengelakkan berlakunya ketirisian diesel selepas penyasaran subsidi dilaksanakan bermula 10 Jun lepas.