KUALA LUMPUR: Sebanyak 5.7 juta premis telah diluluskan untuk gentian optik bagi peringkat kedua Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) fasa satu setakat 31 Mac, 2021 manakala liputan 4G berada pada 93.51 peratus, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pengerusi, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata sebanyak 292,826 premis telah diluluskan bagi jalur lebar tetap, manakala 29 tapak jalur lebar mudah alih baharu dan 3,278 tapak jalur lebar mudah alih dipertingkatkan telah selesai bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.
“Kita berada di landasan yang tepat. Dari sudut Petunjuk Prestasi Utama premis yang diluluskan untuk jalur lebar tetap, kami mencapai 132 peratus mengatasi sasaran suku pertama 2021.
“Sementara itu bagi tapak jalur lebar mudah alih komersial baharu, kami berjaya mencatatkan pencapaian 116 peratus, dan 101.7 peratus bagi naik taraf tapak jalur lebar mudah alih,” katanya semasa taklimat mengenai Laporan Suku Kedua Jendela di sini, pada Rabu.
Beliau berkata langkah ke arah penamatan rangkaian 3G juga berjalan lancar dengan penyedia perkhidmatan berjaya memindahkan 629,018 pelanggan manakala 20,492 ‘carrier’ 3G telah ditamatkan setakat 28 Feb, 2021.
Fadhlullah berkata MCMC juga akan terus berusaha dan berbincang dengan pihak berkuasa negeri untuk menyeragamkan kos pemasangan menara rangkaian baharu dan struktur bahagian bumbung memandangkan ia berbeza-beza mengikut negeri.
Data yang dikongsikan MCMC turut menunjukkan kos penempatan menara rangkaian baharu di Sarawak adalah yang tertinggi iaitu RM37,000 bagi tahun pertama dan RM2,880 untuk pembaharuan bagi tahun seterusnya untuk lima tahun pertama.
Johor mencatat jumlah kos keseluruhan tertinggi untuk mengekalkan menara rangkaian dalam tempoh enam tahun iaitu RM116,750 dengan kos menara baharu adalah RM26,750 dan RM18,000 untuk pembaharuan selama lima tahun.
Enam negeri dan wilayah dengan kos penempatan menara yang lebih rendah iaitu kurang daripada RM10,000 ialah Perak (RM9,925); Kuala Lumpur (RM9,800); Selangor (RM8,600); Sabah (RM8,500): Pahang (RM7,150) dan Labuan (RM2,065).
“Kami akan terus berusaha untuk negeri-negeri mengurangkan caj mereka bagi penempatan menara baharu dengan membuat mereka menyedari pentingnya untuk mempermudah kos menjalankan perniagaan memandangkan telekomunikasi akan menjadi utiliti ketiga pada masa depan,” katanya.
Fadhlullah berkata MCMC mencatatkan peningkatan jumlah keseluruhan aduan rangkaian pada suku pertama 2021 kepada 54,538 aduan berbanding dengan 28,577 aduan pada suku pertama.
“Peningkatan aduan rangkaian ini terutamanya disebabkan oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sejak 13 Jan, 2021 kerana ramai orang berada di rumah untuk tempoh lebih lama dan mengalami masalah kesambungan,” katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021

Pengerusi, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata sebanyak 292,826 premis telah diluluskan bagi jalur lebar tetap. - Gambar fail/BERNAMA

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.

JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.

U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

203 menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Sabah siap - Fahmi
Fahmi berkata bagi pelaksanaan JENDELA Fasa 2, sebanyak 2,700 lokasi menara telekomunikasi dikenal pasti termasuk di kawasan terpencil, bukit bukau dan pulau-pulau.

52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.

JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Kontraktor projek JENDELA gagal ikut tempoh masa mungkin didenda - Teo
Pihak kontraktor pelaksana projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu yang gagal mengikut tempoh masa ditetapkan, mungkin berdepan tindakan denda.

JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.

Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA di pedalaman Sabah, Sarawak belum siap
Kementerian Komunikasi tidak puas hati terhadap kontraktor pelaksana projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.