KUALA LUMPUR: Sebanyak 60 peratus daripada jumlah kutipan kerajaan pada tahun lepas adalah melalui kaedah pembayaran secara elektronik atau e-payment, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Perdana Menteri, ia hasil penerapan aspek digitalisasi dalam pelbagai urusan kerajaan, dengan sasaran pembayaran tanpa tunai bagi semua perkhidmatan menjelang 2022.
"Para belia di negara ini amat bertuah kerana dapat memanfaatkan aplikasi digital bagi menambah ilmu pengetahuan, berkomunikasi dengan satu sama lain, serta mencari peluang pekerjaan dan perniagaan.
"Kerajaan sentiasa menggalakkan belia untuk terus meneroka inovasi dan menjadi pencetus idea seiring dengan perkembangan teknologi terkini," katanya pada pelancaran secara maya Program eBelia, iaitu inisiatif Belanjawan 2021, hari ini.
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, belia merupakan penggerak utama agenda pendigitalan negara.
Jelasnya, Program eBelia telah ditambah baik melalui program PEMERKASA, di mana nilai kredit telah ditingkatkan dari RM100 ke RM150 bagi setiap penerima.
"Ini akan dipadankan oleh penyedia e-dompet melalui pelbagai inisiatif tambahan seperti baucar, pulangan tunai (cashback) dan reward points.
"Dengan peruntukan sejumlah RM300 juta, program ini dijangka memanfaatkan dua juta rakyat Malaysia yang berumur 18 ke 20 tahun, serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.
"Program ini juga akan mendorong perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) untuk mula menerima kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless)," ujarnya.
Dalam pada itu, ujarnya, laporan Bank Negara Malaysia menunjukkan, transaksi e-wallet pada 2020 meningkat sebanyak 131 peratus kepada 600 juta.
Kata Muhyiddin, lebih banyak peniaga mendaftar untuk menerima pembayaran melalui Kod QR, dengan bilangan pendaftaran meningkat lebih dua kali ganda pada akhir tahun lalu.
"Saya berharap, melalui program ini, para belia akan mengambil peluang *ntuk menyokong para usahawan tempatan yang kebanyakannya dalam kalangan saudara-saudari sendiri.
"Sebagai warga digital, saya percaya saudara-saudari boleh mempelopori kaedah cashless payment, sekali gus mendorong para peniaga lain untuk menggunakan kaedah pembayaran seperti ini.
"Kerajaan sentiasa menyokong rakyat dan perniagaan, terutamanya PKS mengendalikan perniagaan dalam era digitalisasi, yang mana transaksi pembayaran dibuat secara online (dalam talian) atau cashless," katanya.
Astro Awani
Tue Jun 01 2021
Muhyiddin berkata, belia merupakan penggerak utama agenda pendigitalan negara. - Astro AWANI
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
PKS: Sokongan turut ambil kira aspek pemerkasaan usahawan
BSN memberikan khidmat nasihat dan bimbingan serta program latihan yang berkala bagi memastikan pelanggan mereka mempunyai pengetahuan yang diperlukan tentang dunia digital.
Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.
Funding Societies peroleh pelaburan daripada Cool Japan Fund
Setiap tahun, purata pelaburan langsung Jepun di rantau ASEAN dianggarkan berjumlah kira-kira RM83 bilion.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir
Maybank menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di seluruh negeri.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.
SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi
Siri Kedua ini mengukuhkan lagi SIBS sebagai acara antarabangsa untuk perniagaan, inovasi, dan pertumbuhan lestari di ASEAN, dengan meletakkan Selangor sebagai gerbang ke rantau ini.