TUARAN: Sebanyak 60 daripada 67 projek 'Point of Presence' (PoP) yang dirancang dalam Fasa 1 berjaya disiapkan setakat ini melibatkan sekurang-kurangnya 6,000 premis akan menerima perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh Sabah.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pelaksanaan fasa seterusnya projek itu di Sabah akan melibatkan 636 kawasan dan dalam masa sama satu kertas kerja dibuat untuk mengenal pasti masalah seperti kelewatan yang dihadapi semasa pelaksanaan PoP Fasa 1.
"Kita difahamkan terdapat pelbagai masalah dihadapi menyebabkan projek PoP Fasa 1 mengalami kelewatan seperti isu permit, isu caj...kita mahu masalah ini diatasi bagi memastikan kelancaran PoP Fasa 2," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan PoP Zon Industri di Kampung Lapasan, Telipok di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Dalam pada itu, katanya satu lokasi PoP di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) telah disiapkan melibatkan KKIP Zon Industri 7, manakala tiga lagi PoP sedang disiapkan, dengan keempat-empat PoP itu akan menyediakan kemudahan Internet kelajuan tinggi kepada 400 premis di kawasan berkenaan.
Fahmi berkata bagi kawasan Parlimen Sepanggar, tiga PoP telah disiapkan dengan sekurang-kurangnya 300 premis sedia untuk dilanggan.
Beliau berkata sokongan infrastruktur jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi dan stabil itu, akan menyediakan kebolehcapaian pendigitalan yang cekap dan berupaya menggalakkan pengembangan aktiviti industri, meningkatkan pelaburan khususnya di kawasan industri baharu.
"Ia juga membolehkan capaian kepada maklumat yang lebih luas, menggalakkan pemindahan teknologi di peringkat global serta pemprosesan automasi lebih baik bagi membantu industri mengadaptasi cabaran dan peluang perniagaan dalam era ekonomi digital.
"Selain itu, inisiatif ini juga akan memberi peluang kepada peningkatan ekonomi digital di luar bandar. Masyarakat luar bandar boleh menjalankan pelbagai urusan termasuk perniagaan di rumah secara dalam talian dengan adanya capaian rangkaian Internet berkualiti dan menyeluruh," katanya.
Menurutnya kerajaan memahami keperluan kesalinghubungan Internet untuk rakyat, justeru kementeriannya sedang giat merlaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memberikan capaian Internet lebih baik di kawasan di bandar, luar bandar serta pedalaman.
"Usaha ini bertujuan mempersiapkan masyarakat dengan kemahiran digital bagi merapatkan kesenjangan digitalisasi dan memperkasakan infrastruktur telekomunikasi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (tengah) meletakkan tangan pada tablet sebagai simbolik perasmian Point of Presence (POP) Zon Industri di Kampung Lapasan hari ini. - Foto BERNAMA
Penduduk Gaza perlu pemindahan perubatan segera – WHO
Ribuan penduduk Gaza memerlukan "rawatan perubatan khusus yang mendesak" yang hanya boleh diperoleh di luar wilayah itu.
Perkara itu dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perkara itu dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
50 pesakit dari Gaza tiba di Rafah
Lima puluh pesakit dari Semenanjung Gaza tiba di Mesir pada Sabtu melalui pintu sempadan Rafah yang merupakan satu-satunya laluan antara wilayah Palestin itu dan Mesir.
Netanyahu bincang fasa kedua gencatan senjata Gaza
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan memulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata di Gaza apabila bertemu dengan Utusan Asia Barat Presiden Amerika Syarikat, Steve Witkoff, pada Isnin di Washington.
Netanyahu dijadualkan berlepas dari Israel pada Ahad menuju ke Washington dan akan bertemu Presiden Donald Trump di White House minggu depan untuk membincangkan situasi di Gaza serta nasib tebusan Israel yang masih ditahan.
Netanyahu dijadualkan berlepas dari Israel pada Ahad menuju ke Washington dan akan bertemu Presiden Donald Trump di White House minggu depan untuk membincangkan situasi di Gaza serta nasib tebusan Israel yang masih ditahan.
Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek PoP sedia dilanggan di Sarawak
Sebanyak 7,410 port jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi di bawah projek Point of Presence (PoP) Kementerian Komunikasi telah dibangunkan dan sedia dilanggani oleh penduduk di Sarawak.
60 projek PoP Fasa 1 berjaya disiapkan di Sabah - Fahmi
Sebanyak 60 daripada 67 projek 'Point of Presence' (PoP) yang dirancang dalam Fasa 1 berjaya disiapkan setakat ini.
KKD minta Ahli Parlimen teliti isu PoP di sekolah
KKD mahu memastikan guru dan murid memperoleh prasarana Internet yang baik supaya dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran dan pengajaran.