JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor bersedia untuk membantu sejumlah penduduk di Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang terjejas akibat ribut pada petang tadi, menerusi tabung bencana negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata setakat ini terdapat 20 buah rumah di Kampung Pasir, 21 unit rumah teres di Taman Tun Aminah, di sini dan 19 unit Flat Pekaka di Iskandar Puteri, yang dikesan mengalami kerosakan bumbung akibat ribut.
Bagaimanapun beliau berkata setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka ekoran kejadian ribut pada 3.30 petang itu, dan menjelaskan Skuad Kilat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), bertindak pantas membantu membersihkan rumah penduduk.
"Tindakan awal kerajaan negeri di peringkat majlis bandar raya antaranya skuad kilat yang bertindak pantas datang membantu membersihkan struktur rumah yang rosak.
"Bagi rumah flat mungkin boleh guna tabung bencana untuk baiki kerosakan segera, itu tanggungjawab kerajaan negeri untuk bantu...rumah persendirian biasanya di peringkat Pegawai Daerah juga boleh menggunakan tabung itu juga," katanya kepada pemberita ketika melawat rumah penduduk terjejas di Kampung Pasir, di sini, malam ini.
BACA: Harta benda rosak teruk susulan ribut, hujan lebat di Johor Bahru, Iskandar Puteri
Turut serta Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Noorazam Osman dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Liew Chin Tong.
Sementara itu, Mohd Jafni berkata penduduk yang terjejas perlu membuat laporan polis dan menyenaraikan segala kerosakan yang dialami, sebelum merujuk kepada ketua kampung dan ketua penghulu untuk tindakan lanjut.
"Ketua kampung dan ketua penghulu ialah mediator dengan Pegawai Daerah, dan mereka akan adakan mesyuarat di peringkat bencana daerah untuk melihat semua kos yang akan terlibat," katanya.
Ribut yang berlaku petang tadi telah menyebabkan sejumlah rumah, kedai serta harta benda seperti kereta dilaporkan rosak teruk susulan ribut dan hujan lebat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
![60 rumah rosak akibat ribut, Kerajaan Johor sedia bantu mangsa terjejas 60 rumah rosak akibat ribut, Kerajaan Johor sedia bantu mangsa terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669823442_TBHUJANLEBAT.jpg)
Antara premis yang rosak akibat ribut di Johor Bahru hari ini. - Gambar/ Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Ribut: Enam sekeluarga cemas pokok tumbang atas rumah Ribut: Enam sekeluarga cemas pokok tumbang atas rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698900145_ributkluang.jpg)
Ribut: Enam sekeluarga cemas pokok tumbang atas rumah
Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Melayu Nyior, di sini dilanda ribut pada 6.50 petang semalam.
![Kerajaan Johor bantu 176 rumah terjejas akibat ribut di Kampung Melayu Majidee Kerajaan Johor bantu 176 rumah terjejas akibat ribut di Kampung Melayu Majidee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683190704_rumahmangsaribut.jpg)
Kerajaan Johor bantu 176 rumah terjejas akibat ribut di Kampung Melayu Majidee
Sebanyak 176 rumah di Kampung Melayu Majidee di sini yang terjejas akibat ribut semalam, akan menerima sumbangan bantuan daripada kerajaan negeri berdasarkan jumlah kerugian yang dihadapi penduduk.
![14 rumah rosak, ribut landa Kampung Melayu Majidee 14 rumah rosak, ribut landa Kampung Melayu Majidee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683114969_rumahyangrosakdi.jpg)
14 rumah rosak, ribut landa Kampung Melayu Majidee
Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas dan rosak akibat ribut pada petang Rabu.
![60 rumah rosak akibat ribut, Kerajaan Johor sedia bantu mangsa terjejas 60 rumah rosak akibat ribut, Kerajaan Johor sedia bantu mangsa terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669823442_TBHUJANLEBAT.jpg)
60 rumah rosak akibat ribut, Kerajaan Johor sedia bantu mangsa terjejas
Kerajaan Johor bersedia untuk membantu sejumlah penduduk di Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang terjejas akibat ribut pada petang tadi, menerusi tabung bencana negeri.