LABUAN: Terdapat kira-kira 600,000 individu yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendaftar dengan agensi kerajaan berkaitan setakat ini, dengan jumlah kanak-kanak yang menghidap Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD) dan masalah pembelajaran kini berjumlah 204,000 orang, kata Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
"Namun, kita percaya jumlahnya mungkin lebih ramai kerana masih ada ibu bapa di luar sana yang belum mendaftarkan anak-anak (istimewa) mereka, memandangkan 15 peratus daripada populasi penduduk mungkin dikategorikan sebagai OKU," katanya yang juga Presiden OKU Sentral.
Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah mengunjungi Pusat Penjagaan Persatuan Autisme Labuan di Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) di sini hari ini.
Justeru, beliau mengingatkan ibu bapa yang mempunyai sikap 'sindrom penafian' untuk menerima kenyataan dan mendaftarkan anak-anak mereka yang mengalami ASD atau masalah berkaitan ketidakupayaan pembelajaran seperti masalah Kecelaruan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) serta disleksia dengan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, agar bantuan dan perhatian sewajarnya dapat diberikan.
"Saya berharap pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) atau badan kebajikan swasta dapat menyokong penubuhan pusat intervensi awal seperti pusat jagaan kanak-kanak dengan Kecelaruan Spektrum Autisme melalui program kolaborasi dengan badan kerajaan yang berkaitan.
Kini, katanya terdapat ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak-anak autistik dan anak istimewa mereka ke pusat intervensi awal kerana kapasiti yang terhad di pusat berkenaan.
"Oleh kerana bilangan kanak-kanak autistik yang tidak berdaftar mungkin lebih tinggi, kita mesti berusaha meningkatlkan jumlah pusat intervensi awal di seluruh negara, saya berharap sektor korporat dapat memainkan peranan mereka dalam isu ini," kata Ras Adiba.
Beliau berkata kerajaan serius dalam menangani masalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai dana untuk membantu anak-anak ini menjalani terapi tertentu agar mereka dapat berdikari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021

RAS ADIBA: Kita percaya jumlahnya mungkin lebih ramai kerana masih ada ibu bapa di luar sana yang belum mendaftarkan anak-anak (istimewa) mereka. - BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.