JERTIH: Sebanyak 600,000 penjawat awam di bawah agensi kerajaan pusat telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat semalam, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata jumlah itu merupakan 40 peratus daripada keseluruhan 1.5 juta kakitangan kerajaan di negara ini.
"Penjawat awam di bawah agensi kerajaan Terengganu pula merupakan antara penjawat awam negeri tertinggi mendaftar iaitu sebanyak 41 peratus atau 3,672 orang daripada keseluruhan 8,804 penjawat awam.
"Tempoh untuk penjawat awam seluruh negara kemas kini PADU masih berbaki tujuh hari lagi iaitu sehingga 15 Feb ini seperti yang ditetapkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam," katanya pada sidang media selepas meninjau proses pendaftaran PADU di Balai Raya Kampung Jawek, di sini hari ini.
Mohd Uzir berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga telah menggerakkan skuad khas ke agensi kerajaan yang menurutnya mempunyai kekangan masa akibat tugasan masing-masing untuk memudahkan mereka mendaftar dengan PADU.
"Umpamanya kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempunyai kekangan dengan tugas maka kita hantar petugas ke premis kesihatan seperti membabitkan jururawat untuk membuat pengisian ini (PADU).
"Sementara kolaborasi DOSM dengan agensi lain antaranya Jabatan Belia dan Sukan, serta beberapa agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) seperti Jabatan Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat (KEMAS) adalah antara usaha untuk memastikan pendaftaran dapat dibuat orang awam dengan teratur tanpa menunggu saat akhir," katanya.
Keseluruhannya beliau berkata setakat ini seramai 2.79 juta orang telah mendaftar PADU di seluruh negara dan beliau sekali lagi mengingatkan tarikh akhir pendaftaran dengan sistem tersebut adalah pada 31 Mac ini.
PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, DOSM dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024

Sebanyak 600,000 penjawat awam di bawah agensi kerajaan pusat telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat semalam, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin. - Gambar fail/BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.