KOTA BHARU: Sebanyak 606 kes orang hilang dilaporkan di Kelantan sejak 2016 hingga setakat ini yang antara puncanya adalah merajuk dan tidak selesa bersama keluarga, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Beliau berkata daripada jumlah itu hanya dua kes sahaja belum diselesaikan iaitu masing-masing pada tahun lepas dan tahun ini dengan majoriti orang hilang berusia 18 tahun ke atas termasuk warga emas.
"Setakat Jun tahun ini, 23 kes kehilangan individu dilaporkan berlaku tetapi 22 daripadanya sudah diselesaikan manakala satu kes lagi masih dalam siasatan.
"Kebanyakan kes telah kembali semula ke pangkuan keluarga selepas tiga atau empat hari dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata statistik menunjukkan tiga daerah tertinggi merekodkan kes orang hilang iaitu Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai, namun semua kes dapat diselesaikan dengan baik tanpa membabitkan kehilangan nyawa.
Sementara itu, mengulas mengenai indeks jenayah Muhamad Zaki berkata berlaku peningkatan 17.9 peratus berbanding tahun lalu dengan tambahan 173 kes.
"Jenayah kekerasan menunjukkan peningkatan sebanyak 21 kes manakala jenayah harta benda turut meningkat sebanyak 152 kes setakat Jun tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022

Sebanyak 606 kes orang hilang dilaporkan di Kelantan sejak 2016 hingga setakat ini yang antara puncanya adalah merajuk dan tidak selesa bersama keluarga, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. - Gambar fail/BERNAMA

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

45 kes orang hilang di Pahang selesai, empat lagi masih belum
Polis Pahang berjaya menyelesaikan 45 daripada 49 kes orang hilang yang dilaporkan di seluruh negeri ini sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Guna aplikasi penjejak pantau pergerakan ahli keluarga - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan agar orang ramai menggunakan aplikasi penjejak dalam telefon bimbit masing-masing untuk memantau pergerakan ahli keluarga dan kanak-kanak.

Pemilik kedai kopi terkenal di Ipoh dilaporkan hilang
Seorang pemilik kedai kopi terkenal di sini dilaporkan hilang selepas keluar dari kedainya di Jalan Sultan Iskandar di sini, Ahad lepas.

606 kes orang hilang di Kelantan dilaporkan sejak 2016
Sebanyak 606 kes orang hilang dilaporkan di Kelantan sejak 2016 hingga setakat ini yang antara puncanya adalah merajuk dan tidak selesa bersama keluarga.

Polis siasat dakwaan pegawai kanan terlibat kes orang hilang
Polis telah menyiasat dua pegawai kanannya yang didakwa mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang lelaki tempatan sejak 31 Dis tahun lepas.

Siasatan kehilangan Anna Jenkins dilakukan menyeluruh - Polis
Pelbagai cara siasatan dijalankan dengan teliti bagi mengumpulkan maklumat termasuk merekodkan keterangan 15 saksi.

4,471 kes kanak-kanak hilang dari 2017 hingga 1 September tahun ini
Daripada jumlah itu, 4,399 orang kanak-kanak telah dijumpai semula manakala 72 orang lagi masih hilang.

Warga emas OKU didakwa diculik, ditemui di Selayang
Seorang warga emas orang kelainan upaya (OKU) berdepan detik cemas selepas dibawa 'makan angin' hampir 100 kilometer (KM) oleh individu tidak dikenali, semalam.

Nora Anne: Punca kematian akibat kebocoran usus - Polis
Mohamad berkata Nora Anne mungkin telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai dan tiada tanda-tanda perbuatan jenayah selain remaja itu tidak dirogol.