SHAH ALAM : Kajian platform digital Wiki Impact mendedahkan bahawa 64 peratus daripada yayasan bukan keuntungan Malaysia tidak menyediakan maklumat yang mencukupi kepada orang ramai dan memperoleh penilaian ketelusan yang rendah.
Laporan Skor Ketelusan Yayasan Malaysia pada April 2023, menyatakan hanya 32 yayasan daripada 1,567 yayasan di Malaysia menerima penarafan A minimum dengan markah 75 peratus atau ke atas.
Berdasarkan kriteria yang disemak oleh Wiki Impact Wiki Impact bagi menilai ketelusan yayasan adalah menyediakan laporan kewangan, impak yang untuk umum, laman web terkini dan aktif, serta media sosial sentiasa dikemaskini.
Bagaimanapun, sebanyak tujuh yayasan mendapat 100 peratus bagi markah ketelusan tersebut.
Antaranya adalah WWF Malaysia, Yayasan TFM, Yayasan Bank Rakyat, Yayasan Basmi Kemiskinan, Yayasan Generasi Gemilang, Yayasan Johor Corporation dan Yayasan Sime Darby.
Laporan itu juga memaklumkan bahawa separuh daripada yayasan di Malaysia mencapai skor ketelusan cuma 10 peratus.
Ia sekali gus menunjukkan bahawa yayasan itu tidak mempunyai maklumat terbuka tentang program dan kewangan, atau maklumat tentang pemegang amanah atau lembaga mereka di laman web mereka.
Dari segi kehadiran digital, 37 peratus daripada yayasan tidak mempunyai laman web yang diterbitkan.
Hanya 28 peratus yayasan mengemas kini akaun media sosial mereka dalam tempoh tiga bulan lalu manakala 131 yayasan tidak menyiarkan dan kemaskini selama lebih setahun.
Selain itu, Hanya 2.94 peratus mengeluarkan Laporan Impak dalam tempoh lima tahun yang lalu dan hanya 31 yayasan (2.3 peratus) pernah menerbitkan laporan kewangan secara terbuka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 17 2023

Laporan Skor Ketelusan Yayasan Malaysia pada April 2023, menyatakan hanya 32 yayasan daripada 1,567 yayasan di Malaysia menerima penarafan A minimum dengan markah 75 peratus atau ke atas. - Gambar hiasan/ Reuters

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

64 peratus yayasan di Malaysia rendah ketelusan
64 peratus daripada yayasan bukan keuntungan Malaysia tidak menyediakan maklumat yang mencukupi kepada orang ramai dan memperoleh penilaian ketelusan yang rendah.