KOTA TINGGI: Sebanyak 65 kawasan 'hotspot' di daerah ini termasuk empat jalan utama dikenal pasti berisiko dinaiki air atau terputus hubungan sekiranya berlaku banjir.
Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hazlina Jalil berkata kawasan itu meliputi 53 kampung, 10 taman perumahan dan dua kawasan Felda.
Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi telah mengadakan beberapa mesyuarat penyelarasan bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangkakan pada penghujung tahun ini.
"Mesyuarat bertujuan memastikan agensi-agensi berkaitan melaksanakan projek-projek yang boleh mengurangkan risiko banjir seperti pembersihan sungai dan longkang secara berkala.
"Kita juga telah membuat persiapan dari segi aset dan logistik agensi-agensi yang melibatkan 140 unit pengangkutan pelbagai guna agar dalam keadaan baik sekiranya diperlukan semasa banjir berlaku," katanya pada sidang media Program Bantuan Bencana Petronas Johor di sini hari ini.
Turut hadir Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan M Zaki Mahat.
Hazlina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi berkata seramai 447 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi bersedia digerakkan sekiranya banjir berlaku selain penyediaan 64 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.
Beliau berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Pejabat Daerah Kota Tinggi juga sedia diaktifkan bagi mengkoordinasikan segala keperluan semasa berlakunya banjir.
Sementara itu, M Zaki berkata Petronas menyumbangkan empat bot, 500 khemah perlindungan mangsa banjir, 250 jaket keselamatan dan 2,500 baju hujan untuk daerah Kota Tinggi.
Beliau berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada sumbangan bantuan banjir Petronas sebanyak RM25 juta yang diumum Disember lepas sekali gus diharapkan meringankan beban agensi terlibat dalam menjalankan tugas mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi telah mengadakan beberapa mesyuarat penyelarasan bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangkakan pada penghujung tahun ini. - Gambar hiasan

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir, PBT diminta atasi segera
Kerajaan Johor mengenal pasti sebanyak 120 lokasi panas yang kerap berlakunya banjir di seluruh negeri ini.

Johor kenal pasti 874 'hotspot' banjir - Onn Hafiz
Kerajaan Johor telah mengenal pasti 874 'hotspot' banjir di seluruh negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir seluruh negara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengenal pasti kira-kira 6,000 'hotspot' banjir di seluruh negara sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini hingga Mac depan.

MTL: Lebih 5,000 'hotspot' banjir dikenal pasti di seluruh negara - KPN
Polis telah mengenal pasti 5,648 lokasi 'hotspot' banjir di 163 daerah di seluruh negara sebagai persediaan pihak berkuasa bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Selangor kenal pasti 97 hotspot banjir
Kerajaan Selangor mengenal pasti 97 lokasi 'hotspot' banjir di negeri ini berikutan fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

65 'hotspot' berisiko banjir di Kota Tinggi
Kawasan itu meliputi 53 kampung, 10 taman perumahan dan dua kawasan Felda.

JBPM Perlis siap siaga hadapi musim MTL
JBPM Perlis mula membuat persiapan sejak April lepas bagi memastikan semua aset bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Monsun Timur Laut: Baling, Kulim jadi 'hotspot' banjir di Kedah
Dua kawasan itu dikategorikan kawasan 'berisiko' berdasarkan 'trend' banjir sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

89 'hotspot' banjir dikenal pasti di Negeri Sembilan
Sebanyak 89 titik panas dikenal pasti berpotensi berlakunya kejadian banjir di seluruh Negeri Sembilan berikutan fenomena Monsun Timur Laut, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Beliau

Perak kenal pasti 76 lokasi 'hotspot' banjir - MB
Perak mempunyai 76 lokasi yang telah dikenali sebagai hotspot banjir, termasuk di daerah Lenggong.