BESUT: Sebanyak 66 menara telekomunikasi baharu dijangka akan beroperasi di Terengganu menjelang tahun hadapan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi negeri, Dr Mamad Puteh berkata sebanyak dua syarikat telah dilantik oleh kerajaan Pusat untuk membina semua menara telekomunikasi tersebut di negeri ini.
"Sebanyak 46 unit menara dibina oleh Theta Telecoms Sdn Bhd dan baki 20 unit lagi oleh Felda FGV Prodata. Projek ini adalah usaha kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Menara Telekomunikasi Projek JENDELA Fasa 1 daripada Theta Telecoms Sdn Bhd kepada Celcom Axiata Berhad di Kampung Bharu Tok Dor di sini, petang semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Theta Edge Berhad, Nuraslina Zainal Abidin dan Pengarah MCMC Terengganu Zahari Ismail.
Menurut Mamad lagi, pelaksanaan pelan JENDELA telah mula menunjukkan impak positif di negeri ini dalam meningkatkan ketersambungan digital dan liputan 4G di kawasan berpenduduk.
"Ia juga membolehkan 100 peratus isi rumah mendapat perkhidmatan internet yang lebih baik menjelang penghujung 2025.
"Sehingga suku kedua tahun ini, liputan jalur lebar mudah alih 4G sudah mencapai 96.59 peratus di kawasan berpenduduk di negeri ini dan angka berkenaan dijangka meningkat kepada 97.26 peratus menjelang akhir tahun ini," katanya.
Sementara itu menurut Nuraslina, menara telekomunikasi Kampung Bharu Tok Dor adalah projek pertama disiapkan Theta Edge di negeri ini, manakala 26 unit lagi masih dalam pembinaan.
Beliau berkata pihaknya berjaya menyiapkan menara tersebut dalam tempoh singkat iaitu kurang lima bulan berbanding jangka masa sembilan bulan yang diperuntukkan MCMC.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Mamad (dua, kanan) menyaksikan penyerahan dokumen antara Nuraslina (empat, kanan) dan wakil Majlis Daerah Besut pada majlis di Kampung Bharu Tok Dor, Besut, 4 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.

66 menara telekomunikasi baharu di Terengganu
Dua syarikat telah dilantik oleh kerajaan Pusat untuk membina semua menara telekomunikasi tersebut di negeri ini.

Projek pembinaan Hospital Dungun kini siap 98.2 peratus - Exco
Hospital tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan pada 28 Jan tahun depan.

Krisis bekalan air Terengganu: Berlaku hakisan sepanjang 80 meter di bawah paip
Dalam tempoh 10 tahun, 12 pengusaha pasir diberi kelulusan menjalankan aktiviti mengorek pasir pada jarak 5km daripada kawasan paip tersebut dipasang.

Gangguan bekalan air kali kedua dijangka pulih pada 12 Sept - Exco Terengganu
Kerosakan paip di dasar Sungai Terengganu kali kedua ini, lebih teruk berbanding kejadian pertama pada 2 Ogos lepas.

Gangguan bekalan air berlanjutan, dijangka pulih Sabtu ini
Dr Mamad Puteh memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas kerana gagal membekalkan air bersih pada waktu yang dijanjikan, hari ini.