Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah menganugerahkan darjah dan bintang kebesaran kepada 68 individu sempena hari keputeraan baginda ke-88 hari ini.
Hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan Datuk Aziah Ali mengetuai senarai 68 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri.
Beliau bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyampaikan darjah berkenaan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, dekat sini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk bersama tiga penerima lain.
Sambutan ulang tahun keputeraan baginda berlangsung dengan penuh istiadat dan upacara kehormat bermula awal pagi di sini hari ini.
Seperti lazimnya, istiadat perbarisan kehormat bermula dengan tembakan meriam oleh Kor Angkatan Tentera Malaysia disusuli dengan pemeriksaan Perbarisan Diraja oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Dataran Balai Besar di sini hari ini.
Berangkat hadir pada majlis istiadat itu adalah ahli Majlis Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim dan Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.
Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan pembesar-pembesar negeri.
Rakyat jelata tidak melepaskan peluang turut berada di sekitar dataran itu bagi menyaksikan istiadat perbarisan.
Sempena sambutan hari keputeraan itu, pada Ahad merupakan hari cuti umum di seluruh negeri Kedah.
Acara lain sepanjang sambutan itu, termasuklah perasmian masjid, majlis jamuan rakyat, jamuan persatuan Jaksa Pendamai, temasya sukan sungai, amuan jemaah Datuk-Datuk dan pertandingan golf keputeraan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jan 17 2016

Tunku Temenggong Kedah Tan Seri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (dua,kanan) dan Toh Puan Temenggung Kedah Datuk Seri Tengku Maliha Tengku Arif (kanan) berkenan menyaksikan kek pada 'Majlis Mempersembahkan Kek' di sini hari ini. - Foto Bernama

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Sarawak terajui peranan tangani perubahan iklim menerusi pembangunan lestari
Sarawak teguh dengan dasar penyahkarbonan dan kelestarian, memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi perubahan iklim demi kepentingan umat manusia sejagat.
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.

Banduan bergelar doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, hari ini.

PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Agong zahir sukacita prestasi ekonomi, pedagangan negara bertambah baik
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan perasaan sukacita dengan keadaan ekonomi dan prestasi perdagangan negara yang bertambah baik dan menunjukkan peningkatan.

PM ucap tahniah sempena ulang tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar merafak sembah dan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

97 individu terima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Kesemua 97 individu itu telah melepasi tapisan PDRM, Jabatan Insolvensi Malaysia dan SPRM.

PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sultan Mizan Zainal Abidin kurnia darjah kebesaran kepada 111 individu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Gelaran dan Darjah Kebesaran Bintang-Bintang serta Pingat kepada 111 individu di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Negara di landasan tepat jayakan agenda pembangunan demi rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan.

Razali ketuai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.