KUALA LUMPUR: Seramai 682 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi melancarkan lalu lintas serta kawalan keselamatan semasa perarakan membawa pedati sempena Thaipusam dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur ke Kuil Subramaniam, Batu Caves, Selangor.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, beberapa jalan sekitar ibu kota ditutup serta dilencongkan bermula jam 10 malam, Jumaat hingga 4 pagi, Sabtu dan 6 petang hingga 12 tengah malam, Isnin.
"Antara lokasi yang ditutup dan dilencongkan adalah di Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Perak/Pudu, Jalan Leboh Ampang.
"Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Azlan Shah (kedua-dua arah)," katanya dalam kenyataan pada, Sabtu.
Beliau berkata, orang awam dinasihatkan agar merancang perjalanan awal serta memilih laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
"Polis Kuala Lumpur juga menasihatkan agar orang ramai tidak mengganggu gugat ketenteraman awam semasa perarakan membawa pedati tersebut.
"Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 04 2023
Beberapa jalan sekitar ibu kota ditutup serta dilencongkan bermula jam 10 malam, Jumaat hingga 4 pagi, Sabtu dan 6 petang hingga 12 tengah malam, Isnin. - Gambar hiasan
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam
Ahmad Zahid menerusi catatan di Facebook berkata keindahan Malaysia terisi dengan kepelbagaian kaum, agama, adat dan tradisi, namun ia tetap harmoni.
Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan
Bagi Nanthagoballa Morganan mengangkat kavadi pada usia dewasa menjadi lebih bermakna buatnya.
PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam
Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam esok bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.