ALOR GAJAH: Seramai 683 daripada 1,000 bakal jemaah haji dari Melaka telah mengesahkan menerima tawaran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, tahun ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata mereka antara jemaah kumpulan pertama yang dijadual berangkat ke tanah suci pada 21 Mei.
"Kita jangka jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa hingga penerbangan terakhir ke tanah suci bagi musim haji tahun ini.
"Sudah tentu jemaah haji yang terpilih telah bersedia sepenuhnya dengan melakukan persiapan untuk menjadi Dhuyufurrahman dan saya ingin menasihatkan kepada jemaah supaya menjaga kesihatan terutamanya dalam cuaca yang agak panas ketika ini," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutup Kursus Perdana Haji Musim Haji 1444 Hijrah di Masjid Sayyidina Abu Bakar Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di Durian Tunggal di sini.
Rahmad berkata jemaah Malaysia dikenali sebagai jemaah yang berilmu dan berdisiplin semasa berada di tanah suci, justeru diharapkan imej tersebut dapat dikekalkan pada tahun ini dan tahun mendatang.
"Diharapkan semua jemaah dapat membuat persiapan sebaiknya dan saya mendoakan mereka mendapat haji yang mabrur," katanya.
Sementara itu, bakal jemaah haji, Tijah Nduk, 75, berkata dia bersyukur kerana berpeluang untuk menunaikan ibadah haji bersama suaminya buat kali pertama tahun ini.
Katanya perasaan terharu dan gembira bercampur baur memandangkan sebelum ini namanya dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadah haji pada 2020, tetapi tertangguh akibat pandemik COVID-19.
"Memang saya teringin sangat untuk ke tanah suci bagi melaksanakan ibadah haji dan selalu berdoa moga Allah SWT berikan kesihatan yang baik kepada kami untuk menyempurnakan kewajipan ini," katanya.
Bagi Noor Nazzuha Nabiha Mohd Nazri, 18, terpilih untuk ke tanah suci bersama ibu dan bapanya untuk menunaikan haji sangat menggembirakan.
"Alhamdulillah rasa syukur sangat, sekurang-kurangnya saya dapat juga teman dan bantu ibu yang ada sedikit masalah kesihatan kerana pernah mengalami angin ahmar lebih tujuh tahun lepas, tetapi semakin pulih," katanya yang memiliki akaun di Tabung Haji sejak berumur tujuh tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023

Rahmad (tengah) beramah mesra bersama bakal jemaah haji selepas menyempurnakan perasmian penutup Kursus Perdana Haji, di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di Durian Tunggal di sini lewat malam tadi. - Foto BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

2,500 penduduk Gaza tidak dapat tunai haji akibat penutupan laluan Rafah
Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini.

Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.

Umat Islam diminta tunaikan haji mengikut saluran yang diiktiraf
Umat Islam yang ingin melakukan haji DIY dinasihatkan supaya merujuk pihak berautoriti terlebih dahulu dan mengikut peraturan kerajaan Malaysia serta Arab Saudi.

Jual poskad perjalanan epik untuk tampung kos tunai haji
Dalam perjalanan kembara berbasikal ke Makkah 2024 itu, peserta perlu memperuntukkan kira-kira RM40,000 seorang untuk kos menunaikan haji.

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam tunai haji
Alif Satar mengakui pengalaman ibadah haji yang dilalui baru-baru ini ketika bermalam di Mina telah membuka matanya.

Agong, Permaisuri selamat tiba dari tanah suci
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.

Hampir 2,000 jemaah haji Pahang terima 'duit poket' RM500 seorang - MB
Hampir 2,000 jemaah haji Pahang menerima 'duit poket' sebanyak RM500 seorang sebagai bantuan untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

683 jemaah Melaka terima tawaran tunai haji tahun ini
Seramai 683 daripada 1,000 bakal jemaah haji dari Melaka telah mengesahkan menerima tawaran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, tahun ini.

Jemaah haji terkandas: Lima individu direman tiga hari - Polis
Lima individu dipercayai terbabit dengan insiden hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA 7 Julai lalu, direman selama tiga hari.

Tabung Haji belum terima pengumuman rasmi Arab Saudi
Surat tawaran tunai haji akan dikeluarkan sebaik sahaja Tabung Haji menerima ketetapan daripada kerajaan Arab Saudi.