Hampir tujuh daripada setiap sepuluh kanak-kanak di Malaysia bimbang mengenai perbuatan membuli, menurut tinjauan global baharu yang dikeluarkan oleh Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) bersempena Hari Kanak-kanak Sedunia semalam.
Di Jepun, perbandingannya ialah hanya tiga daripada setiap 10 kanak-kanak berasa bimbang dan di United Kingdom, hampir empat daripada setiap 10 kanak-kanak.
UNICEF dalam satu kenyataan berkata kanak-kanak di Malaysian juga sangat bimbang mengenai isu-isu global yang lain seperti keganasan terhadap kanak-kanak (64 peratus) dan keganasan (60 peratus) sementara isu utama untuk pemimpin dunia membetri tumpuan ialah pendidikan untuk golongan miskin (17 peratus), kemiskinan dan keganasan (15 peratus).
Tinjauan perbandingan itu melibatkan 11,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 9 dan 18 tahun di 14 negara dari semua rantau di seluruh dunia termasuk Malaysia, Brazil, Mesir, Amerika Syarikat dan India.
"Tinjauan UNICEF secara global mengulang dapatan dari tinjauan pendapat Children4Change yang dijalankan di Malaysia dari segi kebimbangan dan keutamaan kanak-kanak," kata kenyataan itu.
UNICEF melahirkan harapan bahawa Hari Kanak-kanak Sedunia akan memberi inspirasi kepada kerajaan, perniagaan dan komuniti di seluruh dunia untuk kanak-kanak menyuarakan perkara-perkara penting serta mengambil kira pendapat mereka dalam proses membuat keputusan yang melibatkan mereka.
Kira-kira 30 kanak-kanak dari pelbagai latar belakang menerajui media tempatan dengan mengendalikan pelbagai program pada Ahad untuk membolehkan suara mereka didengar sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.
Ditubuhkan secara rasmi pada 20 Nov, 1989, Hari Kanak-kanak Sedunia menandakan hari Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu menerima pakai Deklarasi Hak Kanak-kanak pada 1959 dan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada 1989.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2017

Kira-kira 30 kanak-kanak dari pelbagai latar belakang menerajui media tempatan dengan mengendalikan pelbagai program pada Ahad untuk membolehkan suara mereka didengar sempena Hari Kanak-kanak Sedunia. - Gambar hiasan
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.

Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.