KUANTAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menahan 701 individu termasuk 22 wanita atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Ops Hawk dan Ops Tapis yang dilaksanakan di negeri itu bermula 26 Feb hingga Rabu lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 60 tahun.
Beliau berkata dalam operasi selama 10 hari melibatkan 19 pegawai, 128 anggota dan 10 polis bantuan itu, sebanyak 502 serbuan dengan 933 pemeriksaan telah dilakukan.
"Pihak JSJN telah membuat serbuan ke atas 28 kawasan hotspot atau sarang penagihan dadah di Felda di seluruh daerah.
"Daripada 701 ditahan, sebanyak 69 orang ditahan di bawah kategori kesalahan bekalan/pengedaran, 155 kesalahan memiliki dan 477 bagi kesalahan urin. Lapan lelaki ditangkap atas kesalahan 'wanted person' bagi kesalahan dadah," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Yahaya berkata sebanyak 40 tangkapan berpotensi dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Menurut Yahaya, pelbagai jenis dadah telah dirampas terdiri daripada 130.05 gram (g) heroin, syabu (224.71g), ganja (40.91g), pil yaba (75.79g), pil eramin 5 (26.45g), air ketum (47.65 liter), daun ketum (7.2 kilogram) dan cecair kodein (0.20 liter) dengan nilai keseluruhan lebih RM61,000.
Melalui operasi itu juga, JSJN Pahang turut menyita dua motosikal dan wang tunai bernilai lebih RM5,000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Yahaya berkata kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 60 tahun. - Gambar Bernama

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

277 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Pahang
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menahan 277 individu termasuk 13 wanita atas pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Hawk yang dijalankan di 11 daerah di negeri ini pada 9 dan 10 Mei lepas.

701 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
JSJN Pahang menahan 701 individu termasuk 22 wanita atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Ops Hawk dan Ops Tapis yang dilaksanakan di negeri itu bermula 26 Feb hingga Rabu lepas.

Ops Tapis Khas: Remaja 16 tahun antara 384 ditahan menagih dadah
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua suspek ditahan berusia 16 hingga 67 tahun di 24 kawasan penagihan dadah di seluruh negeri ini.