SHAH ALAM: Sebanyak 73.4 peratus pengundi di Selangor mempunyai persepsi positif terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE).
Pengerusi Eksekutif IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata hasil Kajian Persepsi Pengundi Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos ini menunjukkan, daripada jumlah itu sebanyak 26.3 peratus melihat Anwar sebagai pemimpin yang membawa agenda Malaysia MADANI ke arah negara yang lebih cemerlang.
Selain itu katanya, seramai 16.9 peratus yakin beliau mampu menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini, 16.1 peratus percaya Anwar sebagai pemimpin yang membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa, serta 14.1 peratus melihat pemimpin itu mampu mengekang kenaikan kos sara hidup.
Mohammad Redzuan berkata dapatan kajian itu telah dilaksanakan IDE pada 12 hingga 15 Mei lepas, melibatkan 1,693 responden meliputi 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Hasil kajian juga mendapati, hanya 18.7 peratus mempunyai persepsi negatif kepada Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), antaranya melihat beliau tidak mampu memulihkan ekonomi negara, tidak memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, serta tidak layak diangkat menjadi Perdana Menteri kerana merupakan bekas banduan.
Mohammad Redzuan berkata keputusan kajian juga menunjukkan, seramai 58 peratus akan mengundi parti PH dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti Kerajaan Perpaduan pada PRN nanti, manakala seramai 16 peratus memilih untuk mengundi Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata seramai 26 peratus responden masih menjadi undi atas pagar, namun mempunyai persepsi yang positif sebanyak 69.1 peratus terhadap Anwar.
Selain itu katanya, dapatan kajian yang sama yang merangkumi pengundi kali pertama berusia 18 hingga 24 tahun, melihatkan 50 peratus daripada mereka memilih untuk mengundi PH-BN, PN (17 peratus) dan atas pagar (33 peratus).
Beliau berkata hasil yang dilakukan juga mendapati, seramai 78.9 peratus teruja untuk keluar mengundi dan keterujaan golongan pengundi pertama untuk memilih ialah sebanyak 68.5 peratus.
Pada Pilhan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas, Selangor mencatatkan 78.6 peratus pengundi telah keluar mengundi.
Mohammad Redzuan berkata lawatan Anwar dalam beberapa acara di universiti dan Selangor khususnya, memberi impak yang baik kepada populariti pemimpin itu sehingga mencapai sekitar 80 peratus.
"Ada impak baik dan banyak merubah kecenderungan pengundi, terutama dalam kalangn ahli UMNO terhadap Kerajaan Perpaduan, selepas Anwar mendedahkan bahawa ada usaha untuk mengharamkan parti itu dan Anwar menghalangnya," katanya.
Anwar sebelum ini mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah merancang mengharamkan UMNO ketika berkuasa, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Namun katanya, trend pengundian tersebut akan mendapat gambaran yang lebih jelas pada minggu kedua kempen PRN nanti, malah secara kebiasaannya 20 peratus dalam kalangan pengundi atas pagar akan membuat keputusan mereka, dua hari sebelum hari mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Mohammad Redzuan berkata seramai 26 peratus responden masih menjadi undi atas pagar, namun mempunyai persepsi yang positif sebanyak 69.1 peratus terhadap Anwar. - Gambar fail/Bernama

Malaysia catat jumlah perdagangan RM241.9 bilion pada Januari 2025 - DOSM
Jumlah perdagangan Malaysia bernilai RM241.9 bilion pada Januari 2025, dengan eksport RM122.8 bilion dan import RM119.2 bilion.
Lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing ditahan polis
Polis menahan lelaki warga bangladesh kerana dipercayai terlibat dalam kejadian khianat terhadap seekor anjing seperti tular dua hari lalu.
#AWANInews
#AWANInews

Penjawat awam Selangor pulang 30 minit awal sepanjang Ramadan
Penjawat awam Selangor dibenarkan pulang 30 minit lebih awal sepanjang Ramadan iaitu bermula 4 hingga 5.30 petang bergantung kepada tempoh waktu bekerja sembilan jam sehari.
Jangan bahas hingga timbul kekeliruan - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Bung Moktar, Zizie Izette akan fail semakan terhadap keputusan perintah bela diri
Bung Moktar dan isterinya akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan itu membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah.

Bitcoin kali pertama jatuh bawah AS$80,000 sejak Nov 2024
Harga bitcoin menurun sebanyak 5.5 peratus pada Jumaat, jatuh di bawah US$80,000 buat kali pertama sejak November 2024, menurut data perdagangan.

Khairul Aming labur lebih RM100,000 untuk strim langsung, hasil kandungan berkualiti
Resepi ringkas dan mudah yang selalu disiarkannya pada tengah hari Ramadan itu sering melintasi 'for your page' di TikTok.
PBB seru keamanan, hormat-menghormati sempena Ramadan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyeru kepada keamanan dan saling menghormati menjelang bulan suci Ramadan.
Trump kenakan tarif baharu untuk China, Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan tarif 25% ke atas barangan dari Mexico dan Kanada berkuat kuasa 4 Mac, serta tambahan 10% ke atas import dari China.
Langkah ini diambil susulan aliran masuk fentanyl yang berterusan ke Amerika Syarikat.
Langkah ini diambil susulan aliran masuk fentanyl yang berterusan ke Amerika Syarikat.

Sebutan kes Along Cham didakwa miliki kanabis 7 April
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Sutri Patang manakala Muhammad Nizamuddin diwakili peguam Syed Yusuf Syed Zaid.

PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah
Anwar turut menyertai Sultan Kedah dan Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari selepas sesi menghadap.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

PM Anwar harap kerjasama Petronas-Petrovietnam dimeterai Mei ini
Beliau berkata kerjasama melibatkan pelaburan bernilai berbilion ringgit itu bakal memberi pulangan yang baik kepada kedua-dua negara.

Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam - PM Anwar
Kerjasama ini melibatkan penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia, dengan fokus pada tenaga boleh baharu.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.