ALOR SETAR: Sebanyak 10,961 atau 73.9 peratus majikan dikesan gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dari 1 Feb hingga 15 April lepas.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata JTK telah menjalankan pemeriksaan ke atas 14,835 majikan di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan yang membabitkan 95,870 unit penginapan pekerja.
"Daripada jumlah majikan yang diperiksa, 3,874 iaitu 26.1 peratus majikan memenuhi (kriteria) kemudahan penginapan pekerja, manakala yang lain masih gagal mematuhi akta. Pemeriksaan turut dijalankan terhadap 616,216 pekerja iaitu 572,518 pekerja asing dan 43,698 pekerja tempatan.
"Sebanyak 625 kertas siasatan dibuka daripada keseluruhan pemeriksaan, melibatkan kesalahan penginapan tidak diperakui perakuan penginapan oleh Ketua Pengarah Tenaga Kerja, penginapan tidak mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak menyediakan ruang rehat serta ruang makan kepada pekerja," katanya selepas Majlis Tautan Kasih bersama Media Kedah di sini, malam tadi.
Awang berkata kemudahan penginapan yang disediakan majikan sepatutnya mempunyai persekitaran selamat dan kondusif untuk setiap pekerja, sama ada warga tempatan atau warga asing berehat serta tinggal di negara ini.
"JTK memberi garis panduan, jadi kita tidak akan bertolak ansur dan akan mendakwa majikan yang gagal mematuhi akta yang ditetapkan. Setakat ini, JTK mengeluarkan 34 arahan pindah pekerja, 2,417 arahan membaiki atau menambah baik unit penginapan dan 7,885 arahan pematuhan.
"Semua majikan diharap dapat mematuhi undang-undang demi menjaga keselamatan dan nyawa pekerja mereka. Ini juga bertepatan dengan situasi semasa iaitu banyak kes positif COVID-19 berlaku dalam kalangan pekerja warga asing berikutan penginapan mereka tiada kemudahan kebersihan dan pengudaraan yang baik serta tidak terurus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 18 2021

Datuk Awang Hashim ketika melakukan pemantauan di sebuah rumah pada 26 Februari 2021. - Foto BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Sistem gaji progresif: Lambakan pekerja asing sukarkan pelaksanaan PWM - Pakar
Kerajaan perlu mengawal lambakan pekerja asing, sekiranya ingin menjalankan sistem gaji progresif (PWM) di negara ini.

Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 September depan kepada 1 Januari 2023.

Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.

Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.

Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam
Tindakan seorang Ketua Eksekutif memecat 900 pekerja disifatkan kejam apa lagi menjelang sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

#DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan
DI SEBALIK banyak kesan buruk akibat COVID-19, sebenarnya terdapat pelbagai pengajaran yang baik akibat pandemik ini.

Semua pekerja domestik termasuk pembantu rumah, tukang kebun kini wajib carum Perkeso
Bermula 1 Jun, semua majikan wajib mendaftarkan pekerja domestik mereka termasuk warga asing dengan Perkeso.

Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia
Siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.

Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara
Dua pasar raya Jaya Grocer ditutup sementara susulan beberapa pekerja di cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana dan Empire Shopping Gallery disahkan positif COVID-19.

Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.