Peserta rombongan yang terdiri dari murid-murid pra-sekolah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Mempaga 1 yang berkunjung ke Kuala Lumpur adalah antara 73 kes terkena jangkitan saluran pernafasan dipercayai influenza A (H1N1).
Rombongan terbabit yang turut disertai guru dan ibu bapa telah melawat beberapa lokasi tumpuan pelancong di ibu negara pada 2 November lalu.
Kumpulan 11 murid pra-sekolah yang terlibat itu adalah antara tiga siri jangkitan di beberapa lokasi di Bentong bermula awal bulan ini, seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Sha'ari Ngadiman.
Bagi seorang peniaga, Ahmad Farizal Abdul Jamal, 38 tahun, memberitahu, anaknya turut terlibat dalam rombongan tersebut namun bebas daripada sebarang jangkitan mengakui lega kerana anaknya tidak terlibat dan berharap semua pihak berkaitan terus mengambil langkah berjaga-jaga dalam menangani jangkitan tersebut.
Dia bagaimanapun tidak menyalahkan pihak sekolah seperti mana cerita tular yang mengaitkan jangkitan tersebut berpunca dari sekolah dan seorang guru di situ.
“Saya rasa H1N1 ini mungkin (berpunca) daripada sesi rombongan. Sesi rombongan pada hujung tahun ni (biasanya) sekolah-sekolah ada buat. Baru-baru ni sekolah ada terlibat rombongan di Kuala Lumpur sana jadi saya tak merasakan ia berpunca dari sekolah atau guru,” ujar Ahmad Farizal.
Menurutnya, cerita tentang jangkitan di sekolah itu diketahuinya beberapa hari lalu selepas tular di laman sosial. Ahmad Farizal mengakui sedikit risau, namun anaknya disahkan tidak terkena jangkitan.
Seorang lagi penduduk, Mat Sabudin Che Long, 61 tahun, mengakui sedikit gusar selepas mengetahui jangkitan itu turut berlaku di kawasan terbabit dan berharap pihak berkaitan dapat menangani jangkitan itu supaya ia tidak merebak.
“Cucu saya demam lalu dibawa ke klinik, dan selepas itu klinik minta rujuk ke Hospital Bentong kerana mengesyaki (dijangkiti) H1N1. Tapi selepas duduk semalaman di hospital, keesokkannya dibenarkan pulang. Saya berasa lega sebab tak ada jangkitan yang serius,” kata Mat Sabudin.
Tambahnya, dia memang berasa lega dan berharap pihak berkaitan dapat turun padang untuk melihat situasi sebenar selain berharap jangkitan itu dapat dibendung supaya situasi tidak bertambah serius.
Sebelum ini tular di laman sosial wabak influenza A (H1N1) mula merebak di daerah ini sehingga menimbulkan keresahan penduduk .
Astro Awani
Sat Nov 16 2019

Kumpulan 11 murid pra-sekolah yang terlibat itu adalah antara tiga siri jangkitan di beberapa lokasi di Bentong bermula awal bulan ini. - Astro AWANI
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

MKN nafi PKPD akan diisytihar di beberapa kawasan di Kubang Pasu
Orang ramai diminta hentikan penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu
Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka.

COVID-19: Exco nafi Seremban dalam Zon Merah
Sebanyak 15 kes direkodkan di daerah itu sejak 8 Okt hingga semalam dan Seremban diletakkan dalam Zon Kuning.

COVID-19: KKM nafi dakwaan KakNa
Seorang yang dikenali sebagai KakNa yang mendakwa seorang isteri rakan kepada suaminya yang balik dari Sabah sedang kritikal di ICU.

COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 9 pagi pada 5 April - KKMM
Berikut senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada 9 pagi, hari ini.

73 orang dijangkiti influenza di Bentong
Sekumpulan murid yang menyertai rombongan ke ibu negara antara yang dikenal pasti berkemungkinan terkena jangkitan.

Polis buru pemilik akaun Facebook hina anggota polis terbabit dalam kemalangan
Pemilik FB itu mendakwa kemalangan itu berpunca apabila kenderaan EMPV itu mengejar sebuah lori untuk mendapatkan habuan.

Berita warga emas ditikam selepas ambil BR1M tidak benar - Polis
Berita tular menerusi aplikasi WhatsApp itu mengaitkan kejadian seorang lelaki berusia 20-an yang ditemui dengan pergelangan tangannya dikelar di hadapan bank.