PUTRAJAYA: Sebanyak 73 peratus kematian di negara ini yang disebabkan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease (NCD)) adalah akibat budaya hidup tidak sihat, kata Timbalan Menteri Kewangan Lukanisman Awang Sauni.
Merasmikan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini, beliau berkata hampir separuh rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka menghidap NCD.
"Hampir 50 peratus tidak mengetahui mereka menghidapi NCD dan ini membawa kepada peningkatan risiko mendapat komplikasi jika tidak mendapatkan rawatan awal," katanya.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, seorang daripada dua dewasa di negara mempunyai berat badan berlebihan dan obes, dan golongan tertinggi mengalami masalah tersebut adalah wanita iaitu 54.7 peratus serta individu berusia 55 hingga 59 tahun iaitu 60.9 peratus.
Menurut tinjauan itu juga, seorang daripada empat dewasa di negara ini juga tidak aktif fizikal, dan golongan yang paling tidak aktif ialah wanita iaitu 28 peratus, pelajar 39 peratus dan warga emas 59 peratus.
Tinjauan itu juga mendapati tahap literasi kesihatan yang rendah dalam pembudayaan hidup sihat rakyat seperti tidak aktif secara fizikal ialah 25.1 peratus, tidak cukup makan sayur dan buah mengikut saranan (94.9 peratus) serta amalan merokok (23.1 peratus), katanya.
Lukanisman berkata pelaksanaan BMSS yang diperkenalkan menerusi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) diharapkan dapat meningkatkan kesedaran rakyat agar dapat bertindak untuk mengubah tingkah laku kepada amalan yang sihat.
BMSS yang disambut pada bulan September setiap tahun selari dengan hala tuju Kementerian Kesihatan (KKM) untuk beralih fokus sedang melakukan transformasi sistem kesihatan negara daripada sick care atau penjagaan pesakit kepada health care (penjagaan kesihatan) dan kesejahteraan dengan menggunakan pendekatan pencegahan dalam promosi pembudayaan hidup sihat selari dengan hasrat Kertas Putih Kesihatan, katanya.
"Peningkatan penyakit akibat pembudayaan hidup tidak sihat oleh rakyat Malaysia memberi tekanan kepada sistem kesihatan dan perbelanjaan negara," katanya.
Terdahulu, Lukanisman secara simbolik merasmikan pelepasan Kembara Sekolah bersama-sama Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying sebagai manifestasi kolaborasi rakan strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Suraiya Syed Mohamed ketika ditemui berkata pelbagai program akan dilaksanakan untuk meningkatkan literasi kesihatan bermula dari peringkat sekolah.
"Sebanyak 136 sekolah akan terlibat dalam Kembara Sekolah yang akan menjalankan aktiviti yang menjurus kepada penjagaan kesihatan. Pada tahun ini kita juruskan kepada murid-murid sekolah kerana mereka mudah dibentuk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Lukanisman (kiri) bersama Lim Hui Ying (kanan) pada sidang media selepas melancarkan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) peringkat kebangsaan dan pelepasan Kembara Sekolah 2023. -Bernama
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Budaya gaya hidup sihat peringkat kanak-kanak penting elak NCD - TPM
Keadaan ini memerlukan intervensi di peringkat kanak-kanak supaya pembudaan gaya hidup sihat dapat dibentuk dari usia yang muda.