KUALA LUMPUR: Sejumlah 732,322 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata angka itu adalah sebahagian daripada 1,182,265 individu yang menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,914,587 dos setakat semalam.
Lima negeri yang lengkap menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 99,797 dos diikuti Kuala Lumpur (80,662), Johor (69,562), Sarawak (69,353) dan Sabah (59,639), katanya menerusi akaun Twitter.
Sehingga semalam, 41.70 peratus atau 10,122,529 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,606,455 orang.
Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 15 2021

Sejumlah 732,322 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pahang benar pasar malam kembali beroperasi untuk mereka lengkap vaksinasi
Kerajaan negeri Pahang membenarkan pasar malam, jualan bundle (pakaian atau kasut terpakai) dan but kereta kembali beroperasi hanya kepada pengunjung lengkap vaksinasi mulai hari ini.

Penerima dua dos vaksin jangan salah guna hak istimewa pelonggaran sekatan - Dr Noor Hisham
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan.

Individu luar lengkap dua dos vaksin boleh masuk Sarawak
Individu yang ingin memasuki Sarawak boleh berbuat demikian dengan menunjukkan bukti pengambilan dua dos lengkap vaksin COVID-19.

Kebenaran makan di kedai: Peniaga sedia sambut pelanggan lengkap vaksinasi
Rata-rata pemilik restoran membuat persediaan rapi bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) para pelanggan.

Kelonggaran SOP penerima lengkap vaksin berkuat kuasa hari ini
Antara kelonggaran diberikan termasuk pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

Kelonggaran rentas negeri beri manfaat kepada institusi kekeluargaan - Ismail Sabri
Kelonggaran merentas daerah dan negeri bermula Selasa depan memberi banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan di negara ini.

Peruncit, pusat beli-belah minta dibenar beroperasi dengan 70 peratus pekerja lengkap divaksinasi
Persatuan-persatuan ini yakin risiko akan mudah diuruskan untuk semua premis di pusat beli-belah membuka perniagaan mereka apabila syarat-syarat ini dilaksanakan.

95 peratus Ahli Parlimen sudah selesai dua dos vaksin - Azhar
Sebanyak 95 peratus Ahli Parlimen sudah mendapat dua dos vaksinasi COVID-19 sebelum Sidang Khas Parlimen bermula 26 Julai ini.

732,322 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham Baba
Sejumlah 732,322 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

COVID-19: Fauci beri amaran agar saranan dua dos vaksin dipatuhi
Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci memberi amaran supaya regimen dua suntikan dos bagi vaksin COVID-19 yang diluluskan dipatuhi.