KUALA LUMPUR: Sebanyak 73.3 peratus daripada 6.5 juta pekerja formal menerima gaji kurang daripada RM5,000 sebulan berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja Untuk Sektor Formal pada suku pertama tahun ini.
Membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, hampir 56 peratus pekerja turut menerima upah di bawah gaji kehidupan wajar iaitu RM3,047 sebulan, seperti yang disyor oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Manakala, 47 peratus menerima gaji di bawah pendapatan garis kemiskinan iaitu RM2,589 sebulan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan 2022.
"Di samping itu lebih lebih 10 peratus pekerja formal menerima gaji di bawah kadar gaji minimum iaitu RM1,500 sebulan.
"Laporan gaji dan upah bagi 2020 pula menunjukkan trend pertumbuhan gaji keseluruhan pekerja di Malaysia kurang memberansangkan dengan kadar pertumbuhan purata gaji penengah bulanan dari tahun 2021 ke 2022, hanya mencatatkan peningkatan sebanyak 4.1 peratus.
"Berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 20222, gaji penengah graduan yang baru memasuki pasaran kerja telah berkurang daripada RM2,066 sebulan pada 2019 kepada RM1,624 sahaja sebulan pada 2022," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Jelas Rafizi lagi, gaji yang rendah memberi kesan kepada pekerja dengan sebahagian besar gaji digunakan untuk menampung kegunaan asas dan tidak berpeluang membuat simpanan.
Laporan Bank Dunia, kata beliau menunjukkan Malaysia antara negara yang mempunyai simpanan isi rumah yang rendah di dunia, dengan hampir separuh pekerja di Malaysia tidak mempunyai daya tahan kewangan terutama pekejra dalam kalangan belia.
Hasimi Muhamad
Thu Nov 30 2023

Jelas Rafizi lagi, gaji yang rendah memberi kesan kepada pekerja dengan sebahagian besar gaji digunakan untuk menampung kegunaan asas dan tidak berpeluang membuat simpanan - Foto/fail

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE, dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Dasar gaji progresif, TVET dan kerosakan jalan raya antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan mengenai dasar gaji progresif diajukan Ahli Parlimen Kalabakan kepada Menteri Ekonomi dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan.

Gaji progresif: Jangan harap rakyat duduk 10 orang serumah dengan gaji RM1,500 - Presiden MBM
Rakyat Malaysia tidak boleh diharap selesa dengan gaji serengah RM1,500 dan tinggal 10 orang dalam satu rumah.

Majikan akan terima insentif tunai jika penuhi keperluan dasar gaji progresif
Majikan perlu terlebih dahulu menaikkan gaji pekerja dan seterusnya menunjukkan bukti barulah kerajaan boleh membayar insentif kepada mereka.

Ekonomi Madani akan pacu perubahan positif di Malaysia
Dari perspektif ekonomi, rangka kerja Madani adalah tepat pada masanya berdasarkan beberapa faktor termasuk Belanjawan 2024 akan datang.

Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar
Isu utama berkaitan gaji di Malaysia adalah majikan cenderung untuk menggunakan gaji minimum sahaja untuk menetapkan gaji pekerja.

Rafizi berhak bersuara mengenai gaji progresif, kata Sivakumar
Kementerian Sumber Manusia bakal membentangkan isu berkaitan gaji progresif kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Ogos.

Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC
Cadangan untuk memperkenalkan gaji progresif diharap mampu untuk direalisasikan dan bukan hanya sekadar mainan politik.

BNM, MoF digesa tentukan taraf gaji di bandar - SPCAAM
Gaji minimum RM1,500 tidak cukup untuk menampung keperluan hidup terutama bagi individu yang bekerja di bandar-bandar besar.

Peningkatan kos adalah semula jadi, tumpu tingkatkan gaji - Pakar Ekonomi
Peningkatan kos dalam sektor komersial dan isi rumah adalah suatu yang semulajadi bagi negara yang menuju kearah taraf negara maju.
![[KOLUMNIS] Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama [KOLUMNIS] Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686714294_HariPekerjaCuepacs.jpg)
[KOLUMNIS] Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama
Keadaan stamina fizikal, minda dan emosi seseorang pekerja perlu berada dalam keadaan yang baik dan tenang untuk mengelakkan kesilapan dalam melakukan kerja.