KUCHING: Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura telah mengesan 77 titik panas kebakaran di Sarawak bagi tempoh antara 1 hingga 15 Ogos lepas, dengan bilangan titik panas tertinggi direkodkan sebanyak 36 pada 1 Ogos.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Hazland Abang Hipni berkata bagi tempoh sama, sebanyak 2,153 titik panas turut dikesan di Kalimantan dengan bilangan tertinggi pada 5 Ogos iaitu sebanyak 376 titik panas.
"Pada tempoh 13-15 Ogos, tiada titik panas dikesan di Sarawak, manakala 424 titik panas dikesan di Kalimantan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ASMC turut melaporkan sejumlah 195 titik panas dikesan di negeri ini dan 2,820 di Kalimantan, Indonesia bagi tempoh Januari hingga Julai lepas.
Bagaimanapun, katanya sepanjang tempoh antara Januari hingga setakat 8 pagi semalam, trend Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak adalah dalam lingkungan tahap baik sehingga sederhana dengan tiada bacaan tidak sihat direkodkan.
"Berdasarkan tinjauan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 26 Julai, negara kini berada dalam fasa Monsun Barat Daya (MBD) yang telah bermula pada 15 Mei lepas dan dijangkakan berakhir pada pertengahan September ini," katanya.
Hazland berkata angin dengan kelembapan udara yang lebih rendah lazimnya bertiup secara konsisten dari arah barat daya semasa fasa MBD ini yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.
Katanya ASMC meramalkan keadaan kering akan berterusan di wilayah berdekatan seperti di bahagian selatan dan tengah Kalimantan yang mengakibatkan risiko peningkatan titik panas dan asap jerebu di kawasan mudah terbakar.
Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah mengaktifkan bilik operasi jerebu, memberhentikan pengeluaran permit pembakaran terbuka secara terkawal serta membatalkan permit yang telah dikeluarkan untuk tujuan itu.
"NREB juga telah mengeluarkan notis larangan pembakaran terbuka kepada semua pemaju projek dan mengadakan program kesedaran bersama agensi-agensi lain bagi memastikan kualiti udara terjaga," katanya dan menambah program rondaan di lapangan turut dilaksanakan bagi memastikan pembakaran terbuka tidak dijalankan.
Katanya sesiapa yang melakukan kesalahan pembakaran terbuka boleh didakwa di bawah Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(2) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
"Orang ramai disarankan untuk minum air secukupnya, mengurangkan aktiviti luar atau memakai topeng muka, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi yang perlu melakukan aktiviti luar ketika menghadapi tempoh cuaca panas dan kering.
"Orang awam juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka di talian 082-319543 atau pejabat-pejabat NREB berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023

Negara kini berada dalam fasa Monsun Barat Daya (MBD) yang telah bermula pada 15 Mei lepas dan dijangkakan berakhir pada pertengahan September ini. - Gambar hiasan

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.

Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.

Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.

Jerebu: 243 titik panas di Indonesia
Sebanyak 243 titik panas dikesan di Indonesia berdasarkan imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20.

Jerebu dari Kalimantan beri kesan negeri di timur Malaysia
Beberapa negara selatan Asean dijangka menghadapi jerebu berikutan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 titik panas lagi di Sumatera, Indonesia.

MetMalaysia jangka tiada jerebu teruk dalam masa terdekat
Data ASMC menunjukkan bilangan titik panas di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia telah berkurangan semalam berbanding Isnin lepas.

77 titik panas kebakaran dikesan di Sarawak
ASMC mengesan 77 titik panas kebakaran di Sarawak bagi tempoh antara 1 hingga 15 Ogos lepas.

PRN Terengganu 2023: Ke mana arah pengundi Melayu-Islam?
Ia sekali gus memberi isyarat bahawa parti mana yang dipilih oleh pengundi di Terengganu boleh disifatkan sebagai mewakili undi orang Melayu secara keseluruhannya.

IPK Terengganu perlu tambahan lebih 2,000 anggota kawal keselamatan PRN
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu memerlukan bantuan sumber manusia seramai 2,029 bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

El Nino burukkan jerebu di Malaysia
Musim panas yang panjang meningkat kemungkinan berlaku kebakaran hutan, memburukkan lagi keadaan jerebu.