PUTRAJAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2021 akan dilaksana bermula 21 hingga 23 Sept ini, dengan 8,077 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.
Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 1,568 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian SPMU 2021 di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara.
LP mengingatkan semua calon merujuk jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung dengan memuat turun jadual waktu peperiksaan di portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.
Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan serta mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah yang terkini dikeluarkan Kementerian Pendidikan.
LP berkata calon juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19 dengan memuat turun garis panduan itu di portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 19 2021

Seramai 1,568 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian SPMU 2021 di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Peperiksaan SPM ulangan pada 20 hingga 22 Ogos
SPMU akan melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

8,077 calon duduki peperiksaan SPM Ulangan mulai 21 Sept
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2021 akan dilaksana bermula 21 hingga 23 Sept ini, dengan 8,077 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.