PERKAKAS menggoreng yang menggunakan teknologi udara panas (air fryer) menjadi pilihan popular terutamanya bagi mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat.
Namun, ramai yang tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan ketika menggunakan peralatan memasak ini.
Berikut adalah 8 kesalahan ketika menggunakan air fryer:
1. Masak dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa
Walaupun tertera kapasiti muatan air fryer 1.8, 2.5 liter atau sebagainya, ini tidak bermakna anda boleh isi penuh ruang memasak.
Ini kerana, sistem memasak di dalam air fryer menggunakan aliran udara panas.
Jika makanan terlalu padat, ia memberi kesukaran kepada udara untuk bergerak bebas dan memastikan makanan masak dengan sekata.
Silap-silap, tekstur makanan akan berubah dan tidak enak.
2. Tidak menggeringkan makanan terlebih dahulu
Untuk memasak makanan seperti daging, ayam, ikan dan sayuran, pastikan anda keringkan bahan tersebut dari air.
Macam daging, ayam dan ikan, tekap dengan tisu sebelum dimasak.
Permukaan makanan yang kering lebih cepat dan mudah dimasak
3. Peralatan air fryer tidak dicuci secara rutin
Layaknya peralatan masak yang lain, air fryer juga sebaiknya dibersihkan secara rutin, terutama apabila ia sering digunakan.
Lakukan pembersihan secara kerap mengikut langkah-langkah yang disarankan mengikut setiap jenama.
4. Tidak memanaskan air fryer terlebih dahulu
Sama seperti ketuhar, air fryer juga perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum makanan dimasukkan. Ia dapat memastikan proses memasak dapat dilakukan secara optimum.
5. Tidak membalikkan makanan
Walaupun tetapan masa air fryer boleh dilaras dan ditinggalkan, teknik ini kurang sesuai untuk bahan seperti daging, ayam dan ikan.
Sekurang-kurangnya, anda perlu membalikkan daging yang dimasak sekurang-kurangnya satu atau dua kali sepanjang proses untuk memastikan ia masak secara sekata.
6. Tidak langsung menggunakan minyak
Walaupun air fryer dikenali sebagai peralatan menggoreng tanpa minyak, ini tidak bermakna ia tidak memerlukan langsung minyak.
Untuk hasil masakan yang lebih cantik dan enak, semburkan sedikit minyak di atas makanan sebelum dimasak.
7. Menggunakan cooking spray
Elak guna penyembur minyak (cooking spray) pada permukaan dalaman air fryer. Ini kerana permukaan air fryer telah direka lengkap dengan lapisan antilekat.
Jika anda menggunakan penyembur minyak, dikhuatiri akan merosakkan permukaan anti lekat tersebut.
8. Tidak memeriksa makanan
Walupun air fryer dilengkapi dengan tetapan masa, anda tetap perlu memeriksa makanan tersebut.
Ia bagi memastikan makanan anda masak secara sekata (dan dalam keadaan seperti yang dikehendaki).
* Artikel ini disiarkan di platform Impiana
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Impiana
Sun Mar 07 2021
Penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat perkakasan dapur anda. -Gambar hiasan / Facebook / Air Fryer Blog
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu
Sama seperti perkakasan dapur yang lain, penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat fungsinya dan memberi hasil masakan yang terbaik.
Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah
Peningkatan secara mendadak pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menimbulkan kebimbangan FOMCA.