KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas tujuh rakyat Myanmar dan seorang warga Thailand kerana memiliki barang kawalan berjadual iaitu 31,630 kilogram minyak masak secara borong tanpa lesen, tahun lepas.
Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza menjatuhkan hukuman itu ke atas Shofi Habi Ullah, Adumujib Ismail, Mohammad Ali Ali Ahmad, Hamid Hussein Nobi Husson, Abdul Mubarik Abdul Malik, Nor Hamod Basir Ahmed dan Mohammad Ali Harun Ali yang kesemuanya warga Myanmar serta Doloh Cheloh, rakyat Thailand selepas mereka mengekalkan pengakuan bersalah pada hari ini.
Mahkamah memerintahkan kesemua lelaki berusia antara 18 hingga 45 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 11 Okt 2021.
Nurul Mardhiah turut menjatuhkan hukuman denda RM200,000 ke atas lelaki warga tempatan, Ku Mohd Fahmi Ku Mat, 44, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah atas kesalahan sama dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Kesemua mereka mengaku bersalah sebelum ini pada 15 Okt 2021 dan hari ini merupakan hari mahkamah menjatuhkan hukuman.
Kesemua mereka didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas telah ada dalam kawalan mereka barangan berjadual iaitu 31,630 kilogram minyak masak dalam keadaan yang mendatangkan syak.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan minyak masak secara borong tanpa lesen di sebuah premis tanpa nama di Bandar Bukit Beruntung, Rawang di sini, pada 11.30 pagi, 11 Okt 2021.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua serta berikutnya hendaklah didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Mahkamah memerintahkan kesemua lelaki berusia antara 18 hingga 45 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 11 Okt 2021. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

8 lelaki warga asing dipenjara 12 bulan miliki minyak masak tanpa lesen
Mahkamah memerintahkan kesemua lelaki berusia antara 18 hingga 45 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 11 Okt 2021.