Kira-kira 80 peratus daripada 7.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini menerima bayaran peringkat pertama bantuan itu setakat hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata, pembayaran bantuan itu dibuat kepada penerima yang layak, menerusi akaun bank masing-masing sejak proses bayaran mula dilaksanakan pada 26 Feb lepas.
"Kementerian Kewangan dah selesai salurkan duit pada bank untuk diagihkan kepada penerima akaun... penyaluran ke akaun bank penerima dijangka selesai sepenuhnya pada akhir bulan Mac ini.
"Bagi yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar telah diedarkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah untuk diagihkan kepada penerima... penerima yang menerima BR1M melalui baucar, boleh menunaikan baucar tersebut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di Kampung Kuala Kerpan di Jerlun dekat sini pada Sabtu. Turut hadir Ketua Pengarah JPPH Nordin Daharom.
Othman yang juga Anggota Parlimen Jerlun, bagaimanapun berkata bagi penerima yang masih belum menerima bayaran bantuan itu dinasihatkan supaya bersabar kerana proses pembayaran masih berlangsung sehingga 31 Mac ini.
Sementara itu, beliau berkata sekiranya terdapat penerima yang layak, tetapi gagal dalam pembayaran bantuan peringkat pertama itu, mereka diminta berurusan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi mengemukakan rayuan yang mula dibuka pada 1 April hingga 31 Mei nanti.
"Bagi rayuan ini, proses pembayaran akan dibuat pada Ogos secara sekali gus," katanya.
Kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion untuk bayaran kepada 7.2 juta penerima BR1M 2018, dengan bayaran peringkat kedua pada Jun dan peringkat ketiga pada Ogos depan. -- Bernama
Bernama
Sat Mar 10 2018

Othman (tiga, kiri) beramah mesra dengan para penduduk ketika mengadakan lawatan pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di Kampung Kuala Kerpan pada Sabtu. - BERNAMA

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.

BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng
Bantuan itu akan dibayar kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Manifesto BN asas kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Syed Ali
Manifesto Barisan Nasional (BN) bakal melonjakkan peningkatan undi rakyat untuk memenangi majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi
Polisi kerajaan yang mempelbagaikan struktur ekonomi negara ini adalah keputusan yang tepat untuk mengukuhkan sistem kewangan negara.

80 peratus penerima BR1M terima bayaran peringkat pertama
Penyaluran ke akaun bank penerima dijangka selesai sepenuhnya pada akhir bulan Mac ini.

'Idea BR1M bukan dari saya tetapi dari Bank Negara' - PM Najib
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan cetusan idea Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahu bantuan disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan.

Bayaran BR1M fasa kedua dan ketiga pada Jun, Ogos - PM Najib
Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos.

Pengagihan BR1M bermula Isnin
BR1M pada tahun ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.

Selepas Arab Saudi, kini Mesir berminat tiru BR1M
Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012

BR1M bukan dedak - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan dedak atau umpan seperti yang dituduh pembangkang.